3 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 3 ~
~ 3
~
“Perhatian
kepada semua penumpang penerbangan Thai Airways, sebentar lagi kita akan tiba
di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan…” Pengumuman itu
menyedarkan Khun Ezry yang tertidur tiga puluh minit sebelumnya.
“Kita
dah sampai di Seoul?” Khun Ezry bertanya kepada Khun Muaz.
“Belum
lagi, abang. Maybe sekejap lagi kita
sampai.” Jelas Khun Muaz ringkas lalu meneruskan bacaan novelnya. Khun Ezry
hanya mengangguk. Daripada atas, dia dapat melihat keindahan bumi Korea Selatan
yang menjadi antara destinasi pelancongan utama dunia. En. Rafiq memandang ke
arah Khun Ezry yang sedang melihat keindahan bumi Korea. “Cantikkan bumi Korea
ini, betul tak Ezry.”
“Sememangnya,
Rafiq.” Ujar Khun Ezry sambil tersenyum. Itulah buat pertama kalinya Khun Ezry
dapat melihat sendiri keindahan bumi Korea Selatan yang selama ini dia hanya
melihatnya di kaca televisyen. Daebak !
Setelah
9 jam penerbangan yang cukup memenatkan dari Bangkok ke Seoul, akhirnya mereka
tiba dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon yang merupakan
lapangan terbang yang cukup besar dan sibuk. Selepas keluar dari flight , mereka dengan segera mengambil
bagasi-bagasi mereka di ruang mengambil bagasi yang tidak jauh dari platform
keluar yang mereka lalui. Di ruang ketibaan antarabangsa, kelihatan ramai orang
sedang menunggu. Melihatkan keadaan itu, Khun Ezry lantas bertanyakan En.
Rafiq.
“Rafiq,
ketibaan kita ini ada sesiapa yang tunggu atau jemput ke?” Melalui nada suaranya kedengaran agak cemas. Maklumlah baru first time berpijak di bumi Korea. En.
Rafiq dan Khun Muaz geli hati melihat gelagat Khun Ezry itu.
Sambil
memegang bahu sepupunya itu, En. Rafiq berkata, “Ada… Jangan risau, okey.”
“Lagipun
abang, Atuk dah persiapkan segalanya
buat kita di sini.” Khun Muaz mencelah setelah melihat abangnya, Khun Ezry
hanya terdiam. Barulah senang hati Khun Ezry mendengar penjelasan dari Khun
Muaz dan En. Rafiq.
Khun
Ezry menghela nafas panjang dan tersenyum. “Alhamdulillah, itu yang saya nak
dengar.” Tidak lama selepas keluar dari ruang ketibaan dan mereka terus ke
pintu keluar. Di sana sudah menunggu beberapa orang pegawai BKK Bookstore.
Mereka inilah yang ditugaskan menjemput Khun Ezry, Khun Muaz dan En. Rafiq.
Dengan
menunduk hormat, En. Kim menyambut ketibaan mereka bertiga. “Selamat sejahtera
dan hwangyong hamnida ke Korea
tuan-tuan semua.” Ucap En. Kim dalam dwibahasa iaitu bahasa Inggeris dan Korea.
“Selamat
sejahtera dan terima kasih, Encik.” Ujar mereka bertiga serentak dalam bahasa
Korea.
“Saya
Kim Pansu, penolong pengarah besar BKK Bookstore di Seoul. Saya ditugaskan
untuk mengiringi tuan bertiga selama berada di Korea.” En. Kim memperkenalkan
diri dan juga tugasnya kepada Khun Ezry, Khun Muaz dan En. Rafiq dalam bahasa
Inggeris. Mereka mengangguk faham.
Tanpa berlengah, En. Kim menjemput mereka
masuk ke dalam van. “Silakan masuk, tuan-tuan semua.”
Mereka
kemudiannya di bawa terus ke hotel yang terletak di pusat bandar Seoul untuk
mrehatkan diri. Sepanjang perjalanan ke pusat bandar, berbagai pemandangan
indah mula menarik perhatian Khun Ezry. Mula terbit di dalam hatinya perasaan tidak
sabar untuk menyelesaikan tugasan yang dipertanggungjawabkan kepadanya.
Bersambung...

Comments
Post a Comment