Posts

Showing posts from 2016

8 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 8 ~

Image
~ 8 ~ Khun Ezry dan Khun Muaz dibawa oleh Yoona Umairah ke Namdaemun Market. Namdaemun Market merupakan antara kawasan tarikan pelancong di Seoul. Ianya wajib dilawati oleh para pelancong yang bercuti di Korea Selatan. Dengan menaiki kereta miliknya, Yoona Umairah membawa mereka berdua ke sana pada tengah hari itu. Entah kenapa pada hari itu, Khun Ezry beria-ia untuk ke sana. “Kita dah sampai di Namdaemun Market.” Kata Yoona Umairah sejurus tiba di perkarangan Namdaemun Market. Khun Ezry dan Khun Muaz terlebih dahulu turun dari kereta sementara Yoona Umairah meletakkan keretanya. “Wah! Ramai juga orang tengah begini di Namdaemun.” Ujar Khun Ezry sejurus melihat Namdaemun Market yang dipenuhi oleh orang ramai termasuk para pelancong. Khun Muaz hanya mengangguk mengiakannya. Mereka berdua tidak masuk ke pasar itu terlebih dahulu namun mereka menunggu Yoona Umairah untuk masuk bersama. Semasa Yoona Umairah melintasi jalan raya di situ, seutas rantai tangannya telah ...

7 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 7 ~

Image
~ 7 ~ Setelah pertemuan semula mereka di N Seoul Tower, hubungan Khun Ezry dan Yoona Umairah semakn rapat semula. Mereka sentiasa meluangkan masa bersama. Yoona Umairah yang merupakan anak tempatan Korea sentiasa membawa Khun Ezry melawati tempat-tempat pelancongan yang belum dilawatinya. Yoona Umairah selalu membawa Khun Ezry untuk bertemu keluarganya yang membuka kedai makan halal di Seoul. Apabila ke kedai makan milik keluargnya, Yoona Umairah selalu menghidangkan makanan kegemaran ‘ oppa naesalang ’nya itu iaitu dan Jajamyeon. Pada petang beberapa hari kemudian…  “Awak!” Kejut Yoona Umairah dari arah belakang Khun Ezry yang sedang asyik menikmati deruan air di Cheonggyecheon Stream yang terletak di tengah bandar Seoul. Terkejut Khun Ezry dibuatnya. Yoona Umairah lantas duduk disebelahnya. “Awak rupanya, Yoona. Terkejut saya. Nasib baiklah saya tak ada sakit jantung.” Ujar Khun Ezry sambil mengusik Yoona Umairah. Yoona Umairah hanya tersenyum manja saja lalu...

6 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 6 ~

Image
~ 6 ~ Destinasi seterusnya ialah ke Menara Namsan atau N Seoul Tower yang merupakan antara destinasi wajib bagi pelancong yang ke Seoul. Selepas bersarapan pagi di Jongno-gu, En. Kim membawa Khun Ezry, En. Rafiq dan Khun Muaz ke Menara Namsan. Setibanya mereka di sana, sudah kelihatan para pelancong di sekitar kawasan menara itu terutamanya di Locks Of Love. “Kita sudah tiba Menara Namsan dan tuan-tuan bolehlah menghirup udara yang segar di luar.” Ujar En. Kim kepada Khun Ezry, En. Rafiq dan Khun Muaz. Khun Ezry dan Khun Muaz kelihatan begitu teruja kerana dapat menjejakkan kaki ke Menara Namsan. Bagi En. Rafiq pula, ianya pengalaman keduanya ke menara itu. “Jom kita ambil angin di sana sambil menghayati pemandangan indah Bandaraya Seoul.” En. Rafiq mengajak dua sepupunya itu ke Locks Of Love. Khun Ezry dan Khun Muaz segera mengikuti En. Rafiq. Dari Locks Of Love, mereka dapat melihat keindahan Bandaraya Seoul yang membangun itu. Khun Ezry kemudiannya pergi bersiar-sia...

5 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 5 ~

Image
~ 5 ~ Selesai menunaikan solat subuh di bilik hotel, Khun Ezry dan Khun Muaz turun ke lobi. Di lobi hotel, En. Rafiq sudah sedia menunggu mereka berdua untuk pergi bersarapan di sebuah restoran muslim yang tidak jauh kawasan hotel tersebut. Nasib baik En. Rafiq agak arif dengan kawasan di situ, jika tidak… tak tahulah apa yang hendak mereka sarapankan. Jam tepat menunjukkan pukul 9 pagi. Bandaraya Seoul dipenuhi oleh rakyatnya yang melakukan aktiviti dan pekerjaan masing-masing. Selesai bersarapan, En. Rafiq dihubungi oleh En. Kim yang bertanya di mana mereka berada. “En. Kim, kami berada di sebuah restoran muslim berdekatan sini.” En. Rafiq memberitahu En. Kim di mana mereka berada. Tidak lama kemudian, En. Kim datang kepada mereka. “Hari ini, tuan-tuan bercadang hendak ke mana? Semalam kita sudah ke Myeongdong.” Tanya En. Kim kepada Khun Ezry, En. Rafiq dan Khun Muaz. Mereka hanya terdiam sambil memikirkan sesuatu. Melihatkan keadaan itu, En. Kim mengeluarkan b...

4 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 4 ~

Image
~ 4 ~ Jalan Chungmuro, di situ terletaknya ibu pejabat besar BKK Bookstore Cawangan Seoul. Cawangan Seoul merupakan cawangan pertama di Korea yang dibuka oleh Hj Abdullah iaitu datuk kepada Khun Ezry, Khun Muaz dan En. Rafiq. Cawangan Seoul itu diletakkan sepenuhnya dibawah pengurusan anak ketiga Hj Abdullah, iaitu Muhammad Harith yang menetap di Seoul. Pada pagi itu, satu mesyuarat agung tahunan BKK Bookstore diadakan di ibu pejabat itu. Sebenarnya, Khun Ezry, En. Rafiq dan Khun Muaz di hantar ke sana adalah untuk menghadiri mesyuarat agung tersebut bagi menggantikan datuk dan pak cik Harith mereka yang tidak dapat hadir. Dalam satu ucapannya semasa mesyuarat itu mula berlangsung, Khun Ezry menyatakan tujuan kehadiran mereka di sana dan sebab datuk dan pak cik mereka tidak dapat menghadirkan diri. Selesai berucap, Khun Ezry segera merasmikan mesyuarat tersebut. Semasa mesyuarat itu berlangsung, Khun Ezry dan Khun Muaz tidak banyak bercakap. Oleh kerana berlaku kekan...

~ Abdullah-Abdullah R.A Yang Hebat ~ 1 ~

Image
Abdullah-Abdullah R.A Yang Hebat. Di sini, insyaAllah, Khun cuba untuk berkongsikan sedikit-sebanyak berkenaan siapa yang digelarkan Abdullah-Abdullah R.A. yang hebat. Siapakah mereka? Zaman bilakah mereka hidup? InsyaAllah, Khun akan cuba kongsikan ^_^ 1. Abdullah Bin Abu Bakar As-Siddiq R.A.     - Beliau merupakan anak kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Beliau telah berjasa kepada Rasulullah SAW dan Ayahandanya ketika peristiwa Penghijrahan Nabi SAW ke Madinah. 2. Abdullah Bin Abbas R.A.     - Beliau merupakan antara sahabat dan perawi hadis yang cukup hebat. Beliau merupakan sepupu kepada Rasulullah SAW melalui ayahandanya, Saidina Abbas Bin Abdul Muttalib. Saidinia Ibnu Abbas telah banyak berjasa kepada dunia dan umat Islam sepanjang zaman. 3. Abdullah Bin Umar Al-Khattab R.A.     - Beliau merupakan anak kepada Saidina Umar Al-Khattab. Beliau merupakan seorang sahabat yang cukup hebat ikutannya terhadap sunnah-sunnah Rasulullah SA...

3 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 3 ~

Image
~ 3 ~ “Perhatian kepada semua penumpang penerbangan Thai Airways, sebentar lagi kita akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan…” Pengumuman itu menyedarkan Khun Ezry yang tertidur tiga puluh minit sebelumnya. “Kita dah sampai di Seoul?” Khun Ezry bertanya kepada Khun Muaz. “Belum lagi, abang. Maybe sekejap lagi kita sampai.” Jelas Khun Muaz ringkas lalu meneruskan bacaan novelnya. Khun Ezry hanya mengangguk. Daripada atas, dia dapat melihat keindahan bumi Korea Selatan yang menjadi antara destinasi pelancongan utama dunia. En. Rafiq memandang ke arah Khun Ezry yang sedang melihat keindahan bumi Korea. “Cantikkan bumi Korea ini, betul tak Ezry.” “Sememangnya, Rafiq.” Ujar Khun Ezry sambil tersenyum. Itulah buat pertama kalinya Khun Ezry dapat melihat sendiri keindahan bumi Korea Selatan yang selama ini dia hanya melihatnya di kaca televisyen. Daebak ! Setelah 9 jam penerbangan yang cukup memenatkan dari Bangkok ke Seoul, akhirnya mereka ...

2 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 2 ~

Image
~ 2 ~ Beberapa hari kemudian… Setelah persiapan dibuat, mereka bertiga bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Savarnabhumi, Bangkok. Ikutkan pada perancangan awal, mereka bertiga perlu berlepas dari Kuala Lumpur namun keadaan tidak mengizinkan. Mereka memutuskan untuk berlepas dari Bangkok. Mereka menaiki penerbangan Thai Airways untuk ke Seoul. “ Flight  kita berlepas pada pukul berapa, Rafiq?” Khun Ezry bertanya kepada En. Rafiq. En. Rafiq melihat jam tangannya. Kemudiannya, dia lihat pula pada surat tempahan penerbangan yang ada padanya. “Insya Allah, pukul 11 pagi nanti kita akan berlepas. Sekarang baru pkul 9:30 pagi.” Khun Ezry hanya mengangguk faham. En. Rafiq merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena pada Khun Ezry lantas bertanya, “Kenapa, Ezry? Ada apa-apa yang kau terlupa nak bawa?” “Tidak. Aku cuma nak tahu saja.” Jawab Khun Ezry sambil tersenyum. Lalu mereka bertiga duduk di ruang menunggu. Terasa masa masih lambat lagi, Khun Ezry ...