8 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 8 ~



~ 8 ~

Khun Ezry dan Khun Muaz dibawa oleh Yoona Umairah ke Namdaemun Market. Namdaemun Market merupakan antara kawasan tarikan pelancong di Seoul. Ianya wajib dilawati oleh para pelancong yang bercuti di Korea Selatan. Dengan menaiki kereta miliknya, Yoona Umairah membawa mereka berdua ke sana pada tengah hari itu. Entah kenapa pada hari itu, Khun Ezry beria-ia untuk ke sana.

“Kita dah sampai di Namdaemun Market.” Kata Yoona Umairah sejurus tiba di perkarangan Namdaemun Market. Khun Ezry dan Khun Muaz terlebih dahulu turun dari kereta sementara Yoona Umairah meletakkan keretanya.

“Wah! Ramai juga orang tengah begini di Namdaemun.” Ujar Khun Ezry sejurus melihat Namdaemun Market yang dipenuhi oleh orang ramai termasuk para pelancong. Khun Muaz hanya mengangguk mengiakannya. Mereka berdua tidak masuk ke pasar itu terlebih dahulu namun mereka menunggu Yoona Umairah untuk masuk bersama.

Semasa Yoona Umairah melintasi jalan raya di situ, seutas rantai tangannya telah terputus lalu terjatuh di atas. Tersedar yang rantai tangannya itu terjatuh di atas jalan, Yoona Umairah dengan segara berpatah balik untuk mengambilnya. Sewaktu Yoona Umairah cuba mengambil rantainya di tengah jalan raya itu, tiba-tiba sebuah kereta meluru dengan laju ke arahnya. Melihatkan keadaan itu, Khun Ezry segera berlari ke Yoona Umairah.

“Umairah ke tepi!” Jerit Khun Ezry lantas menolak Yoona Umairah ke bahu jalan. Khun Ezry dilanggar kereta tersebut. Dia terjatuh di sisi jalan dengan berlumuran darah. Khun Muaz segera mendapatkan abangnya. Yoona Umairah yang terkejut dengan kejadian lantas pergi mendapatkan Khun Ezry juga. Dia lalu memangku kepala Khun Ezry. Air matanya mula mengalir dengan laju. Tiada kata yang keluar dari mulutnya.


“Abang! Abang! Sabar ya. Sekejap lagi kita akan sampai di hospital.” Khun Muaz cuba menenangkan abangnya. Yoona Umairah terus menangis sehinggalah mereka tiba di hospital yang berdekatan. Khun Ezry dengan segera ditolak masuk ke wad kecemasan. Yoona Umairah dan Khun Muaz menunggu di luar wad kecemasan dengan sabar. Khun Muaz dengan segera menghubungi datuknya di Malaysia dan ayah serta umminya di Thailand untuk memaklumkan kejadian itu.
Sambil melihat darah yang mula mengering di tangannya, Yoona Umairah menangis. Dia menyalahkan dirinya. “Maafkan saya, Ezry. Semuanya salah saya… Maafkan saya…”
Melihatkan keadaan Yoona Umairah yang begitu sedih, Khun Muaz segera memujuknya, “Kak Yoona…, akak tidak bersalah. Perkara sudah nak terjadi… Sabar ya, Kak Yoona. Banyakkan berdoa agar abang Ezry dapat diselamatkan.” Yoona Umairah hanya mengangguk lalu dia bangun untuk membersihkan tangannya. Seketika kemudian dia kembali.


6 jam kemudian…
Seorang doktor lelaki mendekati Khun Muaz dan Yoona Umairah lalu bertanya “Maafkan saya, siapa keluarga Encik Ezry?”

“Saya adiknya, doktor.” Jawab Khun Muaz lantas bangun dari tempat duduknya. Doktor tersebut memanggilnya lalu dibawanya Khun Muaz ke tempat yang jauh sedikit dari tempat duduknya. Yoona Umiarah hanya memerhati dengan penuh debaran. Apa yang doktor itu cakapkan? Apakah Ezry tidak dapat diselamatkan? Pelbagai persoalan mula bermain dimindanya.

Sambil memegang bahu Khun Muaz, doktor itu berkata, “Saya harap kamu dapat bersabar dan faham dengan apa yang saya terangkan sebentar tadi.” Khun Muaz hanya mengangguk dengan lenangan air mata membasahi mimpinya. Pada mulanya mukanya ada sedikit perasaan gembira namun ianya berubah selepas mendengar penjelasan yang seterusnya oleh doktor itu.

Khun Muaz duduk semula. Yoona Umairah mendekatinya. “Abang Ezry kehilangan sebelah kakinya dari paras bawah lutut hingga ke bawah…”

Yoona Umairah hanya tertunduk dengan esak tangis. Dia tidak tahu apa yang hendak diucapkannya lagi. Sambung Khun Muaz lagi, “Kak Yoona jangan menyalahkan diri akak ya. Sekejap lagi abang akan dimasukkan ke wad ICU.”

“Baiklah. Terima kasih, Muaz…” Ucap Yoona Umairah dengan nada suara yang sayu dan lemah. Mereka kemudiannya menunggu Khun Ezry yang masih belum sedarkan diri di wad ICU.
Setiap hari Yoona Umairah pergi menemani Khun Ezry. Ahli keluarga dan saudara mara Khun Ezry yang berada di Thailand, Malaysia dan sekitar Korea tidak putus-putus datang melawatnya malah ahli keluarga Yoona Umairah juga sentiasa melawat Khun Ezry dan memberikan segala bantuan yang temampu.

“Kalau diikutkan pada perancangan Ezry, pada minggu ini dia ingin balik ke Bangkok. Dia hendak berbincang dengan kami sekeluarga untuk datang ke Seoul bagi melamar Yoona pada bulan hadapan…” En. Khun Abdul Rahman memberitahu kepada Tuan Farouk, ayah kepada Yoona Umairah. Mereka hanya mampu berdoa agar Khun Ezry kembali sihat.

Bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

2 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 2 ~

1 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 1 ~