Posts

Showing posts from June, 2016

3 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 3 ~

Image
~ 3 ~ “Perhatian kepada semua penumpang penerbangan Thai Airways, sebentar lagi kita akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan…” Pengumuman itu menyedarkan Khun Ezry yang tertidur tiga puluh minit sebelumnya. “Kita dah sampai di Seoul?” Khun Ezry bertanya kepada Khun Muaz. “Belum lagi, abang. Maybe sekejap lagi kita sampai.” Jelas Khun Muaz ringkas lalu meneruskan bacaan novelnya. Khun Ezry hanya mengangguk. Daripada atas, dia dapat melihat keindahan bumi Korea Selatan yang menjadi antara destinasi pelancongan utama dunia. En. Rafiq memandang ke arah Khun Ezry yang sedang melihat keindahan bumi Korea. “Cantikkan bumi Korea ini, betul tak Ezry.” “Sememangnya, Rafiq.” Ujar Khun Ezry sambil tersenyum. Itulah buat pertama kalinya Khun Ezry dapat melihat sendiri keindahan bumi Korea Selatan yang selama ini dia hanya melihatnya di kaca televisyen. Daebak ! Setelah 9 jam penerbangan yang cukup memenatkan dari Bangkok ke Seoul, akhirnya mereka ...

2 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 2 ~

Image
~ 2 ~ Beberapa hari kemudian… Setelah persiapan dibuat, mereka bertiga bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Savarnabhumi, Bangkok. Ikutkan pada perancangan awal, mereka bertiga perlu berlepas dari Kuala Lumpur namun keadaan tidak mengizinkan. Mereka memutuskan untuk berlepas dari Bangkok. Mereka menaiki penerbangan Thai Airways untuk ke Seoul. “ Flight  kita berlepas pada pukul berapa, Rafiq?” Khun Ezry bertanya kepada En. Rafiq. En. Rafiq melihat jam tangannya. Kemudiannya, dia lihat pula pada surat tempahan penerbangan yang ada padanya. “Insya Allah, pukul 11 pagi nanti kita akan berlepas. Sekarang baru pkul 9:30 pagi.” Khun Ezry hanya mengangguk faham. En. Rafiq merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena pada Khun Ezry lantas bertanya, “Kenapa, Ezry? Ada apa-apa yang kau terlupa nak bawa?” “Tidak. Aku cuma nak tahu saja.” Jawab Khun Ezry sambil tersenyum. Lalu mereka bertiga duduk di ruang menunggu. Terasa masa masih lambat lagi, Khun Ezry ...

1 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 1 ~

Image
~ 1 ~ Pagi seperti kebiasaaannya, Khun Ezry bersama adiknya, Khun Muaz pergi ke kedai buku milik keluarga mereka di Sukhumvit. Sebagai seorang pengurus besar cawangan Kedai Buku BKK Bookstore di Bangkok, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menyelia segala urusan yang berkaitan dengan kedai buku tersebut. Khun Ezry juga menjalankan rutin sampingannya dengan memantau gerak kerja kakitangan-kakitangannya di kedai buku itu. Pada pagi itu juga, Khun Ezry dikunjungi oleh sepupunya, En. Rafiq dari Malaysia. Kedatangannya disambut dengan gembria oleh Khun Ezry lalu diajaknya berbual di dalam pejabat. “Rafiq, ada apa kamu datang ke mari?” Khun Ezry bertanya kepada En. Rafiq selepas mereka berbual panjang. “Begini Ezry, semalam aku mendapat panggilan daripada cawangan kedai buku keluarga kita di Kuala Lumpur.” Jawab En. Rafiq dengan riak wajah yang serius. Khun Ezry mula berasa risau kerana En. Rafiq menyebutkan nama kedai buku milik keluarganya. “Ada apa dengan cawangan di san...

14. Hanbok VS Baju Melayu ~ Part 14: Final ~

Image
~ 14 ~ “Fiqri? Awak Fiqri kan?” Tanya Yuri Qaisarah seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. “Ya, sememangnya saya, Qaisarah.” Jawab Fiqri. Dia segera mendekati Yuri Qaisarah. Yuri Qaisarah pula sekan-akan hendak pergi dari situ. Fiqri segera menahannya. “Awak hendak ke mana, Qaisarah? Apakah awak sudah tidak sudi untuk bertemu dengan saya?” Fiqri bertanya Yuri Qaisarah dengan bertalu-talu. Yuri Qaisarah terduduk. “Saya... saya... saya berasa malu dengan awak Fiqri. Saya merasakan diri saya ini sudah tidak layak untuk awak.” Jawab Yuri Qaisarah sambil air matanya mula menitis. Dia berasa bersalah di atas apa yang berlaku di antara mereka berdua. Fiqri segera duduk di kerusi yang tidak jauh dari Yuri Qaisarah. “Kenapa pula awak hendak berasa malu dengan saya? Siapa kata yang awak tidak layak lagi untuk saya? Siapa yang mengatakan seperti itu?” Yuri Qaisarah menundukkan kepalanya. Dia tidak dapat menjawab segala pertanyaan Fiqri itu. Melihatkan reaksi Yuri Qaisarah...

13. Hanbok VS Baju Melayu ~ Part 13 ~

Image
~ 13 ~ Fiqri kembali memulakan tugasnya untuk membantu Pn. Safiyah di butiknya. Sudah sekian lama Fiqri meninggalkan tugasnya itu. Hidupnya juga kembali ceria seperti dahulu di sisi keluarganya yang disayangi. “Abang, macam mana tugasan yang abang jalankan? Okay?” Tanya Maisarah yang turut membantu Pn. Safiyah. Fiqri tersenyum seraya menjawab, “Alhamdulillah, semuanya okay.” Maisarah hanya tersenyum. Sedang mereka melakukan tugasan masing-masing, Maisarah mendapat satu mesej daripada Jung Shiya. Maisarah berasa agak terkejut dengan apa yang dimaklumkan oleh Jung Shiya melalui mesejnya itu. Fiqri terperasankan reaksi adiknya itu. “Ada apa, Mai?” Tanya Fiqri. Dia segera mendekati adiknya itu. Maisarah menarik nafasnya sebelum menjawab soalan abangnya. “Jung Shiya beritahu bahawa Kak Qaisarah dimasukkan ke hospital.” Wajah Fiqri segera berubah apabila mendengar jawapan Maisarah. “Apa? Dimasukkan ke hospital? Sebab apa, Mai?” Fiqri segera bertanya denga...

12. Hanbok VS Baju Melayu ~ Part 12 ~

Image
~ 12 ~ Hampir dua minggu Fiqri menetap di rumah Pak Cik Aliff. Dia merasakan sudah masanya untuk dia pulang ke rumahnya untuk bertemu dengan ibu dan ahli keluarganya yang lain. Fiqri segera memaklumkan keinginannya itu kepada Pak Cik Aliff. Pak Cik Aliff segera menghubungi Abang Zaim untuk bersama-sama menghantar Fiqri untuk pulang ke rumahnya. Abang Zaim segera bertanya, “Betul Fiqri hendak pulang ke rumah?” “Ya, Abang Zaim. Sudah sampai masanya untuk Fiqri pulang ke sana.” Pak Cik Aliff bertanya pula, “Boleh pak cik dan Abang Zaim tahu kenapa?” “Fiqri merindui ummi dan keluarga Fiqri.” Jawab Fiqri ringkas. Pak Cik Aliff dan Abang Zaim hanya tersenyum dan mengangguk. Selesai bersiap, Pak Cik Aliff dan Abang Zaim segera menghantar Fiqri pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalanan, Fiqri kelihatan agak ceria. Pak Cik Aliff dan Abang Zaim turut berasa gembira dengan perubahan sikap Fiqri itu. Banglo milik keluarga Fiqri kelihatan tersergam indah dengan t...

11. Hanbok VS Baju Melayu ~ Part 11 ~

Image
~ 11 ~ Kepulangan Fiqri ke Kuala Lumpur tidak dimaklumkan kepada keluarganya kecuali kepada Abang Zaim dan bapa saudaranya, Pak Cik Aliff. Hanya mereka berdua sahaja yang Fiqri percayai dalam keadaan ini. Bukannya dia tidak mempunyai keluarganya namun dia tidak mahu menyusahkan keluarganya lagi. Setibanya Fiqri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Abang Zaim dan Pak Cik Aliff sudah sedia menunggunya di pintu keluar Balai Ketibaan Antarabangsa. Fiqri dengan tenang melangkah menuju ke arah Abang Zaim dan Pak Cik Aliff. “Assalamualaikum, Abang Zaim dan Pak Cik Aliff.” Ucap Fiqri. “Waalaikumussalam, Fiqri.” Jawab Abang Zaim dan Pak Cik Aliff hampir serentak. Fiqri segera bersalaman dengan mereka. Tanpa membuang masa, Abang Zaim dan Pak Cik Aliff segera mengajak Fiqri untuk bertolak pulang ke rumahnya namun Fiqri menolaknya. Abang Zaim segera bertanya untuk mendapatkan jawapan. “Kenapa, Fiqri? Ada sesuatu yang masih menganggu Fiqri?” Fiqri mengge...