11. Hanbok VS Baju Melayu ~ Part 11 ~



~ 11 ~

Kepulangan Fiqri ke Kuala Lumpur tidak dimaklumkan kepada keluarganya kecuali kepada Abang Zaim dan bapa saudaranya, Pak Cik Aliff. Hanya mereka berdua sahaja yang Fiqri percayai dalam keadaan ini. Bukannya dia tidak mempunyai keluarganya namun dia tidak mahu menyusahkan keluarganya lagi.

Setibanya Fiqri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Abang Zaim dan Pak Cik Aliff sudah sedia menunggunya di pintu keluar Balai Ketibaan Antarabangsa. Fiqri dengan tenang melangkah menuju ke arah Abang Zaim dan Pak Cik Aliff.

“Assalamualaikum, Abang Zaim dan Pak Cik Aliff.” Ucap Fiqri.

“Waalaikumussalam, Fiqri.” Jawab Abang Zaim dan Pak Cik Aliff hampir serentak. Fiqri segera bersalaman dengan mereka.

Tanpa membuang masa, Abang Zaim dan Pak Cik Aliff segera mengajak Fiqri untuk bertolak pulang ke rumahnya namun Fiqri menolaknya. Abang Zaim segera bertanya untuk mendapatkan jawapan.

“Kenapa, Fiqri? Ada sesuatu yang masih menganggu Fiqri?”

Fiqri menggeleng perlahan. “Tidak, Abang Zaim dan Pak Cik Aliff. Fiqri Cuma tak mahu terburu-buru untuk pulang ke rumah.”

Abang Zaim ingin bertanya lagi tetapi Pak Cik Aliff segera memberi isyarat kepadanya supaya tidak menekan Fiqri. “Tidak mengapalah, Fiqri. Pak cik dan Abang Zaim faham maksud kamu.”

Fiqri tersenyum sedikit seraya berkata, “Terima kasih, Pak Cik Aliff dan Abang Zaim kerana memahami Fiqri.” Pak Cik Aliff dan Abang Zaim hanya tersenyum dan mengangguk. Mereka segera mengajak Fiqri untuk ke kereta.


Sepanjang perjalanan, Fiqri tidak banyak bercakap. Sesekali apabila Abang Zaim atau Pak Cik Aliff bertanya, sepatah yang ditanya maka sepatah juga jawapan yang diberikan oleh Fiqri. Perkara amat merisaukan Pak Cik Aliff dan Abang Zaim.

“Kita hendak bawa Fiqri ke mana, pak cik? Saya tidak tahu ni.” Abang Zaim bertanya kepada Pak Cik Aliff dalam bahasa Jerman. Kebetulan Abang Zaim dan Pak Cik Aliff sememangnya pandai berbahasa Jerman. Hal itu dilakukan oleh mereka berdua agar Fiqri tidak mengesyaki apa yang sedang dibual dan dirancang oleh mereka.

Pak Cik Aliff menarik nafas panjang. “Begini, kita bawa saja Fiqri ke rumah pak cik lagipun Mak Cik Sofea bersama Ammar, Lisa dan Imad tiada di rumah.”

Abang Zaim tersenyum dan mengangguk. “Saya setuju, pak cik.” Abang Zaim segera memandu keretanya menuju ke rumah Pak Cik Aliff yang terletak di Putrajaya.

Tidak lama selepas itu, mereka tiba di rumah Pak Cik Aliff. Fiqri yang terlena di dalam kereta sejak 15 minit selepas bertolak lapangan terbang terjaga.

“Kita sampai di mana ni, Pak Cik Aliff dan Abang Zaim?” Tanya Fiqri.

“Kita sampai di rumah pak cik. Fiqri, untuk beberapa ini kamu mesti tinggal dahulu di rumah pak cik, ya.” Jawab Pak Cik Aliff. Fiqri hanya mengangguk perlahan. Dia masih lagi berasa mengantuk dan keletihan.

Pak Cik Aliff segera membawa Fiqri masuk ke rumahnya. Dia menunjukkan bilik untuk Fiqri menginap buat sementara waktu. “Ini bilik untuk Fiqri. Buatlah macam rumah kamu sendiri.”

“Baiklah, pak cik. Terima kasih kerana sudi menumpangkan Fiqri di sini.” Ujar Fiqri pula

“Sama-sama, Fiqri. Kamu bukannya sesiapa lagi bagi pak cik.” Ujar Pak Cik Aliff pula tersenyum.


Selesai membersihkan dirinya, Fiqri segera keluar ke rumah tamu rumah Pak Cik Aliff. Kelihatan Pak Cik Aliff dan Abang Sedang berbual di beranda sambil menikmati minum petang.

Pak Cik Aliff segera mengajak Fiqri untuk duduk bersama mereka bagi menikmati minum petang. Fiqri segera menerima ajakan ayah saudaranya itu.

“Mak Cik Sofea, Ammar, Lisa dan Imad pergi mana, pak cik? Seharian saya tidak ternampak mereka.” Tanya Fiqri sedang tercari-cari ibu saudara dan sepupu-sepupunya.

“Mereka pulang ke Brunei.” Jawab Pak Cik Aliff.

Agak terkejut Fiqri mendengar jawapan Pak Cik Aliff. “Brunei? Untuk apa, pak cik?”
“Rumah ibu Mak Cik Sofea kan di sana.” Jawab Pak Cik Aliff lagi.

Fiqri tersengih seraya berkata, “Ya tak ya juga, Fiqri terlupa pula.” Tidak lama kemudian, Abang Zaim datang sambil membawakan kepada Fiqri secawan air cappucino.

“Ini untuk Fiqri. Minumlah.” Ujar Abang Zaim sambil menghulurkan air cappucino untuk Fiqri.

“Terima kasih, Abang Zaim.” Ucap Fiqri sambil mengambil air itu.

“Fiqri, kamu masih merajuk lagikah?” Tiba-tiba saja Abang Zaim bertanya kepada Fiqri.

“Tidak, Abang Zaim, Pak Cik Aliff. Fiqri Cuma tidak mahu terburu-buru untuk pulang ke pangkuan keluarga Fiqri.” Jawab Fiqri dengan tenang.

Giliran Pak Cik Aliff pula bertanya, “Kamu masih ingatkan Yuri Qaisarah?”

Fiqri terdiam sebentar. “Adakalanya Fiqri teringatkan dia namun Fiqri juga cuba melupakannya.”

“Fiqri masih sayangkan dia?” Tanya Pak Cik Aliff lagi.

Fiqri mengangguk perlahan seraya menjawab, “Ya, pak cik. Fiqri sememangnya masih menyayangi Qaisarah.”

Pak Cik Aliff menghela nafas panjang. “Kamu pernah menghubunginya selepas kamu pulang dari Korea?” Fiqri hanya menggeleng perlahan kepalanya.

“Kamu mesti cuba untuk berbaik semula dengannya. Lagipun, Abang Zaim dan pak cik mendapat berita yang Yuri Qaisarah tidak jadi untuk berkahwin dengan lelaki itu dan dia juga sedang bersedih dengan perkara itu.” Fiqri tidak memberikan apa-apa reaksi.

“Kamu pasti mengetahui berkenaan perkara itu bukan?” Tanya Pak Cik Aliff.

Fiqri mengangguk. “Fiqri sudah mengetahuinya, pak cik.” Pak Cik Aliff dan Abang Zaim hanya mengangguk. Sambung Fiqri lagi, “Insya Allah, Fiqri akan cuba untuk perbaiki hubungan kami. Lagipun, sewaktu di Seoul, Fiqri sudah berniat untuk melamarnya.”

Pak Cik Aliff dan Abang Zaim segera memandang ke arah Fiqri. Reaksi mereka agak terkejut dengan apa yang dimaklumkan oleh Fiqri.  Pak Cik Aliff segera bertanya, “Betulkah, Fiqri?”

“Betul, pak cik dan Abang Zaim. Fiqri sudah berfikir semasak-masaknya cuma menunggu keizinan dan persetujuan dari ummi.”


Pak Cik Aliff dan Abang Zaim tersenyum. Abang Zaim segera berkata, “Niat kamu itu baik, Fiqri. Abang pasti Allah akan membuka jalan bagi kamu.” Fiqri hanya mengangguk dan tersenyum.

Bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

2 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 2 ~

1 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 1 ~

8 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 8 ~