2 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 2 ~
~ 2
~
Beberapa hari kemudian…
Setelah persiapan dibuat, mereka bertiga
bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Savarnabhumi, Bangkok. Ikutkan pada
perancangan awal, mereka bertiga perlu berlepas dari Kuala Lumpur namun keadaan
tidak mengizinkan. Mereka memutuskan untuk berlepas dari Bangkok. Mereka
menaiki penerbangan Thai Airways untuk ke Seoul.
“Flight
kita berlepas pada pukul berapa, Rafiq?” Khun
Ezry bertanya kepada En. Rafiq. En. Rafiq melihat jam tangannya. Kemudiannya,
dia lihat pula pada surat tempahan penerbangan yang ada padanya.
“Insya Allah, pukul 11 pagi nanti kita akan
berlepas. Sekarang baru pkul 9:30 pagi.” Khun Ezry hanya mengangguk faham.
En. Rafiq merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena
pada Khun Ezry lantas bertanya, “Kenapa, Ezry? Ada apa-apa yang kau terlupa
nak bawa?”
“Tidak. Aku cuma nak tahu saja.” Jawab Khun
Ezry sambil tersenyum. Lalu mereka bertiga duduk di ruang menunggu. Terasa masa
masih lambat lagi, Khun Ezry mengajak Khun Muaz menemaninya untuk
berjalan-jalan sebentar di dalam bangunan lapangan terbang itu. Melihatkan
abangnya seperti mencari sesuatu, Khun Muaz segera bertanya,
“Ada apa-apa yang abang nak carikah?”
Mata Khun Ezry terus-menerus mencari
sesuatu. “Abang nak cari kedai buku kejap.” Khun Ezry menjawab ringkas. Khun
Muaz cuma mengangguk sambil terus mengekori abangnya. Tidak lama kemudian,
mereka berdua terjumpa sebuah kedai buku yang terletak tidak jauh dari ruang
menunggu. Khun Ezry dan Khun Muaz lalu memasukinya.
“Selamat datang dan selamat sejahtera, Khun
Ezry dan Khun Muaz.” Salah seorang pekerja di dalam kedai buku itu memberikan
salam hormat sambil membuat waai atau cara hormat orang Thai kepada Khun Ezry
dan Khun Muaz. Kemudian para pekerja
yang lain juga memberikan salam hormat kepada mereka berdua. Para
pelanggan yang berada di dalam kedai itu berasa kagum dengan mereka berdua. Khun Ezry dan
Khun Muaz pula berasa segan dengan hal itu. Mereka berdua hanya tersenyum.
“Selama ini Muaz tak tahupun yang kita
mempunyai sebuah cawangan di aiport ini, abang.” Kata Khun Muaz bernada kagum
kepada abangnya.
Khun Ezry tersenyum mendengar kata-kata
adiknya itu. “Yakah? Kesian adik abang seorang ini.” Rambut Khun Muaz diusap
manja oleh Khun Ezry. Khun Muaz cuma mengangguk dan tersenyum. Mereka berdua
terus ke bahagian dalam kedai buku itu.
“Abang nak cari buku apa ya?” Khun Muaz
bertanya kepada Khun Ezry. Dia melihat abangnya seperti mencari sesuatu. Khun
Ezry tidak memberikan respon kepada Khun Muaz dan dia terus mencari apa yang
dikehendakinya. Lima minit kemudian, Khun Ezry jumpa yang dicarinya.
“Korean Phrasebook & Dictionary? Itu
yang abang tercari-cari sejak dari tadi?” Ujar Khun Muaz sambil ketawa kecil.
Sambil mengangguk dan tersenyum, Khun Ezry
menjawab, “Ya. Penting ni. Sudahlah abang tak pandai berbahasa korea.” Khun Muaz
hanya tersenyum melihat gelagat abangnya itu.
Jam menunjukkan pukul 11 pagi. Khun Ezry,
En. Rafiq dan Khun Muaz berlepas dari Bangkok ke Seoul. Itulah perjalanan
pertama Khun Ezry dan Khun Muaz ke Korea Selatan manakala En. Rafiq pula
merupakan perjalanan yang ketiga ke sana. Oleh kerana itu, En. Rafiq tidak
kelihatan begitu gemuruh berbanding Khun Ezry.
“Ke Seoul… inilah first time trip aku ke Korea. Seronok atau tidak, itu belakang kira.”
Getus hati Khun Ezry sambil melihat keluar tingkap kapal terbang. Dia tersenyum
sendirian sambil menikmati penerbangannya.
Bersambung...

Comments
Post a Comment