13. Hanbok VS Baju Melayu ~ Part 13 ~



~ 13 ~


Fiqri kembali memulakan tugasnya untuk membantu Pn. Safiyah di butiknya. Sudah sekian lama Fiqri meninggalkan tugasnya itu. Hidupnya juga kembali ceria seperti dahulu di sisi keluarganya yang disayangi.

“Abang, macam mana tugasan yang abang jalankan? Okay?” Tanya Maisarah yang turut membantu Pn. Safiyah.

Fiqri tersenyum seraya menjawab, “Alhamdulillah, semuanya okay.” Maisarah hanya tersenyum.

Sedang mereka melakukan tugasan masing-masing, Maisarah mendapat satu mesej daripada Jung Shiya. Maisarah berasa agak terkejut dengan apa yang dimaklumkan oleh Jung Shiya melalui mesejnya itu. Fiqri terperasankan reaksi adiknya itu.

“Ada apa, Mai?” Tanya Fiqri. Dia segera mendekati adiknya itu.

Maisarah menarik nafasnya sebelum menjawab soalan abangnya. “Jung Shiya beritahu bahawa Kak Qaisarah dimasukkan ke hospital.” Wajah Fiqri segera berubah apabila mendengar jawapan Maisarah.

“Apa? Dimasukkan ke hospital? Sebab apa, Mai?” Fiqri segera bertanya dengan bertalu-talu.

Maisarah segera menyuruh abangnya bertenang. Dia segera membalas mesej Jung Shiya.
“Menurut Jung Shiya, Kak Qaisarah dimasukkan ke hospital disebabkan kemalangan.” Maisarah segera memaklumkan kepada abangnya. Fiqri kelihatan agak resah dengan apa yang dimaklumkan oleh Maisarah.

Fiqri bertanya lagi, “Di hospital mana, Mai?”

“Di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.” Jawab Mai. Fiqri hanya mengangguk dan segera mencapai kunci keretanya. Fiqri sudah sedia maklum bahawa pada hari itu Yuri Qaisarah bersama Jung Shiya akan datang ke Malaysia. Yuri Qaisarah datang ke Malaysia untuk bertemu dengan Fiqri bagi membetulkan apa yang sudah berlaku antara mereka berdua. Fiqri turut membawa Maisarah bersamanya. Nasib baiklah Maisarah sempat memberitahu perihal itu kepada Pn. Safiyah. Pn. Safiyah turut terkejut dengan apa yang berlaku dan segera mengajak Abang Fayyad dan Kak Anis ke hospital itu.


Fiqri memandu keretanya dengan laju. Maisarah berasa amat risau dan takut dengan pemanduan abangnya. Sesekali dia menyuruh abangnya membawa denga tenang. Tetapi Fiqri tidak mengendahkannya dan terus memandu dengan secepat mungkin.

Tidak lama kemudian mereka tiba di Hospital Gleneagles. Fiqri segera meletakkan keretanya dan segera menuju ke bilik di wad yang ditempatkan Yuri Qaisarah. Setibanya di bilik wad yang ditempatkan Yuri Qaisarah, Fiqri segera melangkah masuk dengan perlahan. Maisarah terus mengikuti abangnya dari belakang.

Fiqri berasa amat terkejut apabila melihat keadaan Yuri Qaisarah. Dia segera mendapatkan Yuri Qaisarah yang sedang tidur. Jung Shiya yang tersedar kedatangan Fiqri dan Maisarah segera menyambut kedatangan mereka.

“Macam mana keadaan kakak kamu sekarang ini, Jung Shiya?” Tanya Fiqri. Jung Shiya kelihatan agak sugul.

“Keadaan Kak Qaisarah sekarang ini agak stabil, Abang Fiqri.” Jawab Jung Shiya. Nada suaranya kedengaran agak lemah.

Maisarah segera merapati Jung Shiya. “Kecederaan Kak Qaisarah bagaimana? Terukkah?”

“Kecederaan yang dialami Kak Qaisarah agak serius dan akan mengambil masa untuk sembuh.” Jawab Jung Shiya. Maisarah dan Fiqri hanya mengangguk faham.

Fiqri menatap wajah Yuri Qaisarah dengan pandangan yang agak sayu. Dia mengambil keputusan memindahkan Yuri Qaisarah ke bilik eksekutif malah dia sendiri yang akan menanggung bil perubatan Yuri Qaisarah. Urusan itu segera dijalankan oleh pihak hospital. Jung Shiya dan seluruh keluarga Yuri Qaisarah berasa terharu dengan perkara itu.


Sepanjang Yuri Qaisarah berada di dalam hospital, Fiqri sentiasa datang untuk melawatnya setiap hari tanpa tertinggal walau seharipun. Pelbagai makanan dibawanya untuk Jung Shiya dan ahli keluarga mereka yang sentiasa menemani Yuri Qaisarah.

Hampir sebulan terlantar di dalam hospital, barulah Yuri Qaisarah tersedar dengan sepenuhnya. Dia segera melihat sekelilingnya dan kelihatan ramai ahli keluarganya sedang menunggu. Yuri Qaisarah turut mencari-cari kelibat Fiqri namun tidak kelihatan. Dia segera terfikir kemungkinan Fiqri tidak menyukainya lagi.

Yuri Qaisarah segera memandang ke arah Jung Shiya. Jung Shiya memahami akan pandangan kakaknya itu. Dia segera menghantar mesej kepada Fiqri dan Maisarah berkenaan kakaknya. Fiqri dan Maisarah menerima berita itu dengan perasaan yang gembira. Mereka merancang untuk membuat kejutan kepada Yuri Qaisarah. Jung Shiya turut terlibat dalam perancangan itu.

Tiga hari kemudian, Yuri Qaisarah dibenarkan keluar dari hospital. Perihal bil perubatan yang ditanggung sepenuhnya oleh Fiqri tidak diberitahukan kepadanya. Yuri Qaisarah segera dibawa pulang ke rumah mak ciknya di Kuala Lumpur. Dia menetap di sana buat sementara waktu untuk memulihkan kesihatan dirinya dengan sebaik mungkin.


Suatu hari, Yuri Qaisarah dibawa oleh Jung Shiya bersama sepupu mereka ke Taman Tasik Perdan untuk bersiar-siar, Jung Shiya meminta keizinan untuk meninggalkan kakaknya sendirian di salah sebuah kerusi rekreasi di tepian taman tasik itu.

“Kak Qaisarah tunggu sebentar di sini, Shiya dan Balqis ada urusan kejap. Nanti kami datang balik.”

Yuri Qaisarah segera mengizinkannya. “Baiklah, jangan lambat sangat.” Jung Shiya hanya memberikan isyarat mengiakannya.

“Segarnya udara pagi ini dengan cuacanya yang elok. Wah! Seronoknya.” Ujar Yuri Qaisarah sendirian sambil menghirup udara pagi di Taman Tasik Perdana. Kelihatan ramai orang awam datang beriadah di waktu pagi.

Sedang Yuri Qaisarah duduk bersendirian sambil menikmati keindahan itu, dia terperasankan seseorang yang seperti pernah dikenali dahulu. Yuri Qaisarah cuba mendekati lelaki itu namun dia membatalkan niatnya. Tidak lama kemudian, ada seseorang menyapanya dari arah belakang.

“Assalamualaikum, Si Gadis Hanbok.” Yuri Qaisarah seakan-akan terpaku apabila mendengar suara tersebut. Dia menoleh dengan perlahan.

“Waalakumussalam...” Alangkah terkejutnya Yuri Qaisarah apabila melihat wajah orang itu. Matanya mula berkaca.

Bersambung....

Comments

Popular posts from this blog

2 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 2 ~

1 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 1 ~

8 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 8 ~