10. Hanbok VS Baju Melayu ~ Part 10 ~
~
10 ~
Selesai menunaikan solat subuh, Fiqri
segera mengeluarkan keretanya. Dia mengambil keputusan untuk pergi bersia-siar
di sekitar tebing Sungai Chao Phraya. Hampir empat bulan Fiqri menetap di sana
demi menenangkan fikiran dan hatinya yang terluka. Di sana, dia berasa agak
gembira. Namun kadang kala dia teringatkan ibunya dan adik-beradiknya yang.
Malah, Fiqri turut teringatkan Yuri Qaisarah yang sudah terpahat cintanya
kepada si dia di dalam hatinya. Namun, Fiqri segera melupakannya kerana
memikirkan Yuri Qaisarah sudahpun berkahwin dengan Amir Lee Won.
“Buat apalah aku teringatkan si dia.
Kemungkinan sekarang ini dia sudah bahagia dengan suaminya.” Getus hati Fiqri.
Dia segera mengorak langkahnya untuk bersiar-siar di tebing sungai itu. Sedang
Fiqri berjalan-jalan, tiba-tiba notifikasi telefonnya berbunyi menandakan ada
suatu mesej diterima.
Fiqri segera mengambil telefonnya lalu
melihat mesej itu. “Dari Maisarah?” Tanya Fiqri sendirian.
“Assalamualaikum
abang, ini Maisarah. Abang, pulanglah ke sini. Ummi, Kak Anis, Abang Fayyad dan
semua sentiasa menanti kepulangan abang. Abang, jangnlah merajuk terlalu lama
ya. Mai juga sedih dengan pemergian abang ke luar negara. Mai sentiasa rindukan
abang. Senyum tawa abang, gurauan abang. Baliklah abang.
Dan
satu lagi untuk pengetahuan abang, Kak Qaisarah tidak jadi untuk berkahwin
dengan Amir Lee Won. Kak Qaisarah menharapkan kepulangan abang ke Malaysia. Mai
tidak tahu sama ada mesej ini sampai kepada atau tidak. Tetapi Mai yakin, abang
akan menerimanya.
Salam
sayang dari adikmu, Maisarah”
Begitulah bunyi mesej yang dihantarkan oleh
Maisarah kepada Fiqri. Mata Fiqri mula berkaca. Dia mula teringatkan
keluarganya terutama sekali ibunya yang disayangi.
Sedang Fiqri melayan perasaannya, ada satu
suara memanggilnya dari belakang. Fiqri segera mengesat matanya lalu memandang
ke arah orang itu. Alangkah terkejutnya Fiqri melihat orang itu.
“Nai Danial bukan?” Tanya Fiqri.
Nai Danial mengangguk seraya menjawab, “Ya
saya, Nai Fiqri. Kamu apa khabar?”
Fiqri segera mendapatkan Nai Danial. “Alhamdulillah
baik. Kamu, Nai Danial?”
“Alhamdulillah, saya juga dalam keadaan
baik.” Jawab Nai Danial. Tanpa membuang masa, Nai Danial segera mengejak Fiqri
untuk pergi bersarapan bersamanya di pusat bandar Bangkok.
Nai Danial merupakan salah seorang sahabat
Fiqri di universiti dahulu. Semasa menyambung pelajaran di Malaysia, Fiqrilah
yang banyak membantunya dalam segala urusan. Oleh itu, Nai Danial tidak pernah
melupakan Fiqri walaupun hampir beberapa tahun tidak bertemu.
Oleh kerana sudah lama tidak bertemu,
pelbagai perkara dibualkan oleh mereka. Sehinggalah Fiqri berkongsi cerita
dengan Nai Danial berkenaan apa yang dipendam hatinya. Sebagai seorang sahabat
kepada Fiqri, Nai Danial berasa bertanggungjawab dalam membantu Fiqri.
“Beginilah Nai Fiqri, kamu bukan sesiapa
lagi bagi aku. Kamulah sahabat aku. Susah senang kita bersama. Apalah yang
boleh aku nasihatkan pada kamu ialah pulanglah ke pangkuan keluarga kamu.
Mereka memerlukan kamu di sana. Berkenaan si dia, kamu pertimbangkanlah
sebaik-baiknya. Jika kamu perlukan bantuan, aku, Nai Danial berikrar untuk
membantu kamu, Nai Fiqri.” Ujar Nai Danial. Mendengar apa yang diperkatakan
oleh Nai Danial, Fiqri berasa tenang sedikit.
Setelah berfikir agak lama, Fiqri mengambil
keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur pada bulan hadapan. Nai Danial berasa
amat gembira dengan keputusan sahabatnya itu. Dia segera menghulurkan bantuan
yang sepatutnya.
Nai Danial pula membantu segala urusan
Fiqri di Bangkok. Segala urusan kepulangan Fiqri ke Kuala Lumpur dibantu dan
diuruskannya. Fiqri berasa terharu dengan bantuan yang diberikan sahabatnya
itu.
Bersambung....

Comments
Post a Comment