Posts

Showing posts from May, 2016

9. Hanbok VS Baju Melayu ~ Part 9 ~

Image
~ 9 ~ Sebulan kemudian... Pagi seperti kebiasaannya, Fiqri akan pergi ke butik ibunya di Jalan Bukit Bintang. Di sana, dia ditugaskan untuk menjadi penyelia stok. Namun semenjak Fiqri dan Maisarah pulang dari Korea Selatan, sikapnya berubah hampir 70 peratus. Sikapnya yang dahulu ceria, peramah dan tidak sensitif kini kian menghilang. Fiqri mula memarahi sesiapa sahaja yang melakukan kesilapan walaupun kesilapan itu kecil. Dia juga mudah sensitif dengan kata-kata orang. Pada mulanya, Pn. Safiyah tidak terperasankan perubahan ini tetapi lama-kelamaan dia semakin tersedar. Pn. Safiyah tertanya-tanya apa penyebab semua ini. Pada suatu malam, Pn. Safiyah ditemani oleh Maisarah pergi ke salah sebuah butik kafe Pn. Aisyah di Kuala Lumpur. Semasa berada di sana, Pn. Safiyah bertanya kepada Maisarah berkenaan Fiqri. “Mai, kamu perasankan seperti ada sesuatu yang tidak kena pada abang kamu?” Tanya Pn. Safiyah. Mendengar pertanyaan ibunya, Maisarah terdiam. “Ya, ummi...

8. Hanbok VS Baju Melayu ~ Part 8 ~

Image
~ 8 ~ Selesai sahaja menunaikan solat isyak, Fiqri segera mengemaskan bagasinya. Semua barangan miliknya dipek dengan sempurna. Sedang Fiqri mengemas semua barangannya, tiba-tiba terjatuh satu barang yang dibelinya di Pasar Namdaemun tengah hari tadi. Fiqri lantas mengambil barang itu dan memandangnya. Agak lama juga dia memandang barang tersebut dan tidak lama kemudian, Fiqri membuangnya ke dalam tong sampah. “Lebih baik benda ini aku buang. Sudah tiada gunanya untuk aku lagi.” Ujar Fiqri sendirian. Jelas nada marah dan kesal pada kata-katanya itu. Maisarah yang berada tidak jauh dari bilik abangnya, terperasan seperti ada sesuatu yang tidak kena pada abangnya. Dia turut terperasankan barang yang dibuang abangnya. Sejurus abangnya keluar dari bilik, Maisarah segera masuk ke bilik itu dan mengambil barang yang dibuang abangnya. Dia menyimpan dengan rapi barang tersebut. “Abang sudah makan? Kalau belum, Abang Hazwan ajak keluar.” Tanya Maisarah kepada abangnya. ...

7. Hanbok VS Baju Melayu ~ Part 7 ~

Image
~ 7 ~ Hari itu merupakan hari terakhir Fiqri dan Maisarah berada di Seoul. Fiqri bercadang untuk ke Pasar Namdaemun dan Myeongdong. Kebetulan pada hari itu, Hazwan terpaksa ke Gwangju kerana mempunyai urusan di sana. Fiqri kebuntuan untuk meminta bantuan siapa. Sedang dia berfikir di ruang tamu, tiba-tiba Maisarah datang sambil membawa secawan air mocha panas untuknya. “Abang, ini air mocha untuk abang.” Ujar Maisarah sambil menghulurkan air mocha itu kepada abangnya. Fiqri segera mengambil dan menghirupnya sedikit. “Terima kasih, Mai.” Ucap Fiqri. Maisarah hanya mengangguk dan tersenyum. Dia lantas duduk bersebelahan abangnya. “Hari ini abang ingat hendak ke Namdaemun dan Myeongdong tapi Abang Hazwan pula ada urusan penting di Gwangju. Siapa yang boleh bantu kita ke sana?” Fiqri menerangkan perancangannya kepada Maisarah. Maisarah terdiam dan berfikir. “Abang! Kak Qaisarah dan Jung Shiya kan ada. Kita boleh minta bantuan mereka. Macam mana?” Cadang Maisarah ...