8. Hanbok VS Baju Melayu ~ Part 8 ~


~ 8 ~

Selesai sahaja menunaikan solat isyak, Fiqri segera mengemaskan bagasinya. Semua barangan miliknya dipek dengan sempurna. Sedang Fiqri mengemas semua barangannya, tiba-tiba terjatuh satu barang yang dibelinya di Pasar Namdaemun tengah hari tadi. Fiqri lantas mengambil barang itu dan memandangnya. Agak lama juga dia memandang barang tersebut dan tidak lama kemudian, Fiqri membuangnya ke dalam tong sampah.

“Lebih baik benda ini aku buang. Sudah tiada gunanya untuk aku lagi.” Ujar Fiqri sendirian. Jelas nada marah dan kesal pada kata-katanya itu.

Maisarah yang berada tidak jauh dari bilik abangnya, terperasan seperti ada sesuatu yang tidak kena pada abangnya. Dia turut terperasankan barang yang dibuang abangnya. Sejurus abangnya keluar dari bilik, Maisarah segera masuk ke bilik itu dan mengambil barang yang dibuang abangnya. Dia menyimpan dengan rapi barang tersebut.

“Abang sudah makan? Kalau belum, Abang Hazwan ajak keluar.” Tanya Maisarah kepada abangnya.

“Belum lagi, Mai. Beli bungkus saja untuk abang,” Jawab Fiqri ringkas.

Maisarah mengeluh panjang. “Baiklah, abang. Mai keluar dahulu.” Fiqri hanya mengangguk. Dia terus menonton televisyen.


Pagi keesokannya, Fiqri dan Maisarah dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon oleh Pn. Aisyah dan Hazwan. Sepanjang perjalanan ke lapangan terbang, Fiqri tidak banyak berbual. Selalunya dialah yang paling banyak berbual.

“Apalah yang tidak kena dengan Abang Fiqri? Mungkinkah perihal Kak Qaisarah dengan tunangnya itu?” Maisarah bermonolog sendirian.


“Fiqri dan Mai, setibanya di Kuala Lumpur nanti, kirimkan salam mak cik kepada ummi kamu ya.” Pesan Pn. Aisyah sebelum Fiqri dan Maisarah memasuki balai perlepasan antarabangsa.

“InsyaAllah, Mak Cik Aisyah.” Balas mereka berdua serentak.

“Nanti jangan lupa kami di sini. Kalau ada masa, datanglah ke sini. Boleh kami kamu berdua berjalan-jalan di seluruh Korea Selatan.” Ujar Hazwan pula. Dia berasa agak keberatan untuk melepasi dua sepupunya itu pulang ke Kuala Lumpur.

Fiqri tersenyum. “InsyaAllah, Hazwan. Bila kami ada masa... Kami akan datang ke sini lagi.” Hazwan hanya tersenyum dan mengangguk.

Tidak lama kemudian, satu panggilan masuk ke balai pelepasan antarabangsa untuk penerbangan ke Kuala Lumpur dibuat. Fiqri dan Maisarah segera memasuki ke balai tersebut.

Tepat jam 9.45 pagi, mereka berlepas ke Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan Korean Air. Sepanjang penerbangan ke Kuala Lumpur, Fiqri lebih banyak bersendirian dengan membaca novel atau mendengar lagu di telefon bimbitnya. Sesekali dia melihat gambar-gambar yang berada di dalam kameranya.

Sedang Fiqri semua gambar yang berada dalam kameranya, dia terjumpa beberapa gambar dia bersama Yuri Qaisarah. Ibu jarinya berada betul-betul berada berdekatan butang padam. Namun dia membatalkan niatnya untuk memadam gambar-gambar tersebut.


Bersambung....

Comments

Popular posts from this blog

2 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 2 ~

1 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 1 ~

8 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 8 ~