9. Hanbok VS Baju Melayu ~ Part 9 ~
~ 9 ~
Sebulan kemudian...
Pagi seperti kebiasaannya, Fiqri akan pergi
ke butik ibunya di Jalan Bukit Bintang. Di sana, dia ditugaskan untuk menjadi
penyelia stok. Namun semenjak Fiqri dan Maisarah pulang dari Korea Selatan,
sikapnya berubah hampir 70 peratus. Sikapnya yang dahulu ceria, peramah dan
tidak sensitif kini kian menghilang. Fiqri mula memarahi sesiapa sahaja yang
melakukan kesilapan walaupun kesilapan itu kecil. Dia juga mudah sensitif
dengan kata-kata orang.
Pada mulanya, Pn. Safiyah tidak
terperasankan perubahan ini tetapi lama-kelamaan dia semakin tersedar. Pn.
Safiyah tertanya-tanya apa penyebab semua ini. Pada suatu malam, Pn. Safiyah
ditemani oleh Maisarah pergi ke salah sebuah butik kafe Pn. Aisyah di Kuala
Lumpur. Semasa berada di sana, Pn. Safiyah bertanya kepada Maisarah berkenaan
Fiqri.
“Mai, kamu perasankan seperti ada sesuatu
yang tidak kena pada abang kamu?” Tanya Pn. Safiyah. Mendengar pertanyaan
ibunya, Maisarah terdiam.
“Ya, ummi. Mai memang terperasankan perkara
itu.” Jawab Maisarah.
Pn. Safiyah menghirup kopi putih yang
dipesannya. “Mai tahu atau tidak apa penyebabnya? Ibu makin risau melihat keadaan
kamu itu.”
Maisarah mengeluh panjang. “Entahlah, ummi.
Mai pun masih tertanya-tanya apakah penyebabnya.”
Pn. Safiyah hanya mengangguk. Sambung
Maisarah lagi, “Tetapi kan ummi, sewaktu berada Seoul, sikap abang Fiqri sudah
mula berubah.”
“Tetapi apa penyebabnya? Mai tahu tak?”
Tanya Pn. Safiyah. Dia sememangnya ingin berkenaan perkara itu. Maisarah hanya
menggelengkan kepalanya.
“Tak mengapa. Kita minta bantuan Abang Zaim
dan Kak Aqilah. Bagaimana, Mai?” Cadang Pn. Safiyah. Maisarah berfikir sejenak.
“Bolehkah, ummi?” Maisarah pula bertanya
kepada ibunya.
“Insya Allah boleh. Lagipun, Abang Fiqri
kamu sememangnya rapat dengan Abang Zaim dan Kak Aqila.” Jawab Pn. Safiyah
meyakinkan Maisarah. Maisarah lantas bersetuju.
Keesokan harinya, selesai sahaja menunaikan
solat subuh, Fiqri segera mengambil bagasinya. Dia perlahan-lahan turun dari
biliknya dan menuju ke kereta miliknya di luar pagar rumah mereka. Sebelum
Fiqri meninggalkan rumah keluarganya, Fiqri terlebih dahulu meninggalkan satu
nota buat ummi dan adik-beradiknya yang lain.
“Assalamualaikum, ummi dan Maisarah
Fiqri tidak bermaksud untuk melukakan atau
menyusahkan hati sesiapa. Fiqri juga tidak mahu ummi dan yang lain menanggung
kesukaran daripada apa yang Fiqri hadapi sekarang ini.
Buat masa ini, Fiqri memohon restu daripada
ummi untuk Fiqri mencari ketenangan. Fiqri akan berada jauh dari sini, dari
ummi dan dari adik-beradik yang lain. Fiqri berniat mahu menetap di suatu
tempat yang menjadi warisan keluarga kita.
Sayang ikhlas dari Fiqri.”
Begitulah bunyi nota yang ditinggalkan
Fiqri. Nota itu diambil oleh Maisarah lalu menyerahkannya pada Pn. Safiyah. Pn.
Safiyah memahami kehendak anak lelakinya itu. Dia merestui pemergian anaknya ke
luar negara untuk mencari ketenangan. Namun, sebagai seorang ibu, kerisauan
terhadap anak-anak tetap muncul di dalam hatinya.
Pagi itu juga, Pn. Safiyah segera
menghubungi Abang Zaim dan Kak Aqila untuk datang ke rumahnya. Abang Zaim dan
Kak Aqila yang sememang agak lama tidak bertemu dengan Pn. Safiyah sekeluarga,
segera menerima jemputan itu. Abang Zaim merupakan anak saudara Pn. Safiyah
manakala Kak Aqila meupakan anak tiri Pn. Safiyah yang paling rapat dengannya.
Mereka dijodohkan sebagai suami isteri setelah masing-masing tamat belajar di
Universiti Malaya.
Setibanya mereka di sana, Pn. Safiyah
mengajak Abang Zaim dan Kak Aqila untuk berbual-bual di ruang tamu. Maisarah
pula menyiapkan sedikit juadah di dapur.
“Ummi nak minta tolong Zaim dan Aqila
boleh?” Tanya Pn. Safiyah memulakan bicaranya. Abang Zaim dan Kak Aqila
memandang sesama mereka.
“Setentunya boleh, ummi.” Jawab mereka
berdua hampir serentak. Pn. Safiyah tersenyum.
“Petolongan yang bagaimana itu, ummi?”
Tanya Kak Aqila pula.
Pn. Safiyah memanggil Maisarah untuk duduk
bersama mereka.
“Begini Zaim dan Aqila, kebelakangan ini
sikap Fiqri kian berubah. Bukan berubah ke arah positif tetapi ke arah
negatif.”
“Hah? Negatif? Biar betul, ummi?” Tanya
Abang Zaim seakan tidak mempercayainya.
“Betul, Zaim. Sikap dia yang dahulunya peramah,
ceria dan tidak mudah sensitif kini kian menghilang. Tak percaya, tanya Mai.”
Jawab Pn. Safiyah.. Abang Zaim dan Kak
Aqila menoleh ke arah Maisarah. Maisarah hanya mengangguk mengiakannya.
Tidak lama kemudian, Pn. Safiyah
menyerahkan nota yang ditinggalkan oleh Fiqri kepada Abang Zaim dan Kak Aqila.
Mereka berdua membacanya.
“Sekarang ini pula Fiqri sudah meninggalkan
rumah ini. Entah ke mana dia pergi pun ummi dan Mai tak tahu.” Adu Pn. Safiyah.
Abang Zaim menghela nafas panjang seraya
berkata, “Ini perkara yang berat. Apakah puncanya, ummi?”
“Ummi pun tidak tahu. Oleh sebab itulah
ummi panggil Zaim dan Aqila ke sini.” Jawab Pn. Safiyah. Dia berharap yang
Abang Zaim dan Kak Aqila dapat membantunya.
“Insya Allah, ummi. Aqila dan Zaim akan
cuba membantu ummi untuk menyelesaikan masalah ini.” Ujar Kak Aqila pula
melegakan hati Pn. Safiyah.
“Betul itu, ummi. Nanti, Zaim dan Aqila
akan mencari jalan untuk merungkai jawapan daripada Fiqri. Kami akan cari
Fiqri.” Abang Zaim pula menyakinkan Pn. Safiyah. Pn. Safiyah dan Maisarah
tersenyum gembira.
“Terima kasih banyak-banyak, Zaim dan
Aqila.” Ucap Pn. Safiyah pula.
Bersambung...

Comments
Post a Comment