Posts

Showing posts from August, 2016

7 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 7 ~

Image
~ 7 ~ Setelah pertemuan semula mereka di N Seoul Tower, hubungan Khun Ezry dan Yoona Umairah semakn rapat semula. Mereka sentiasa meluangkan masa bersama. Yoona Umairah yang merupakan anak tempatan Korea sentiasa membawa Khun Ezry melawati tempat-tempat pelancongan yang belum dilawatinya. Yoona Umairah selalu membawa Khun Ezry untuk bertemu keluarganya yang membuka kedai makan halal di Seoul. Apabila ke kedai makan milik keluargnya, Yoona Umairah selalu menghidangkan makanan kegemaran ‘ oppa naesalang ’nya itu iaitu dan Jajamyeon. Pada petang beberapa hari kemudian…  “Awak!” Kejut Yoona Umairah dari arah belakang Khun Ezry yang sedang asyik menikmati deruan air di Cheonggyecheon Stream yang terletak di tengah bandar Seoul. Terkejut Khun Ezry dibuatnya. Yoona Umairah lantas duduk disebelahnya. “Awak rupanya, Yoona. Terkejut saya. Nasib baiklah saya tak ada sakit jantung.” Ujar Khun Ezry sambil mengusik Yoona Umairah. Yoona Umairah hanya tersenyum manja saja lalu...

6 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 6 ~

Image
~ 6 ~ Destinasi seterusnya ialah ke Menara Namsan atau N Seoul Tower yang merupakan antara destinasi wajib bagi pelancong yang ke Seoul. Selepas bersarapan pagi di Jongno-gu, En. Kim membawa Khun Ezry, En. Rafiq dan Khun Muaz ke Menara Namsan. Setibanya mereka di sana, sudah kelihatan para pelancong di sekitar kawasan menara itu terutamanya di Locks Of Love. “Kita sudah tiba Menara Namsan dan tuan-tuan bolehlah menghirup udara yang segar di luar.” Ujar En. Kim kepada Khun Ezry, En. Rafiq dan Khun Muaz. Khun Ezry dan Khun Muaz kelihatan begitu teruja kerana dapat menjejakkan kaki ke Menara Namsan. Bagi En. Rafiq pula, ianya pengalaman keduanya ke menara itu. “Jom kita ambil angin di sana sambil menghayati pemandangan indah Bandaraya Seoul.” En. Rafiq mengajak dua sepupunya itu ke Locks Of Love. Khun Ezry dan Khun Muaz segera mengikuti En. Rafiq. Dari Locks Of Love, mereka dapat melihat keindahan Bandaraya Seoul yang membangun itu. Khun Ezry kemudiannya pergi bersiar-sia...

5 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 5 ~

Image
~ 5 ~ Selesai menunaikan solat subuh di bilik hotel, Khun Ezry dan Khun Muaz turun ke lobi. Di lobi hotel, En. Rafiq sudah sedia menunggu mereka berdua untuk pergi bersarapan di sebuah restoran muslim yang tidak jauh kawasan hotel tersebut. Nasib baik En. Rafiq agak arif dengan kawasan di situ, jika tidak… tak tahulah apa yang hendak mereka sarapankan. Jam tepat menunjukkan pukul 9 pagi. Bandaraya Seoul dipenuhi oleh rakyatnya yang melakukan aktiviti dan pekerjaan masing-masing. Selesai bersarapan, En. Rafiq dihubungi oleh En. Kim yang bertanya di mana mereka berada. “En. Kim, kami berada di sebuah restoran muslim berdekatan sini.” En. Rafiq memberitahu En. Kim di mana mereka berada. Tidak lama kemudian, En. Kim datang kepada mereka. “Hari ini, tuan-tuan bercadang hendak ke mana? Semalam kita sudah ke Myeongdong.” Tanya En. Kim kepada Khun Ezry, En. Rafiq dan Khun Muaz. Mereka hanya terdiam sambil memikirkan sesuatu. Melihatkan keadaan itu, En. Kim mengeluarkan b...

4 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 4 ~

Image
~ 4 ~ Jalan Chungmuro, di situ terletaknya ibu pejabat besar BKK Bookstore Cawangan Seoul. Cawangan Seoul merupakan cawangan pertama di Korea yang dibuka oleh Hj Abdullah iaitu datuk kepada Khun Ezry, Khun Muaz dan En. Rafiq. Cawangan Seoul itu diletakkan sepenuhnya dibawah pengurusan anak ketiga Hj Abdullah, iaitu Muhammad Harith yang menetap di Seoul. Pada pagi itu, satu mesyuarat agung tahunan BKK Bookstore diadakan di ibu pejabat itu. Sebenarnya, Khun Ezry, En. Rafiq dan Khun Muaz di hantar ke sana adalah untuk menghadiri mesyuarat agung tersebut bagi menggantikan datuk dan pak cik Harith mereka yang tidak dapat hadir. Dalam satu ucapannya semasa mesyuarat itu mula berlangsung, Khun Ezry menyatakan tujuan kehadiran mereka di sana dan sebab datuk dan pak cik mereka tidak dapat menghadirkan diri. Selesai berucap, Khun Ezry segera merasmikan mesyuarat tersebut. Semasa mesyuarat itu berlangsung, Khun Ezry dan Khun Muaz tidak banyak bercakap. Oleh kerana berlaku kekan...