4 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 4 ~
~ 4 ~
Jalan Chungmuro,
di situ terletaknya ibu pejabat besar BKK Bookstore Cawangan Seoul. Cawangan
Seoul merupakan cawangan pertama di Korea yang dibuka oleh Hj Abdullah iaitu
datuk kepada Khun Ezry, Khun Muaz dan En. Rafiq. Cawangan Seoul itu diletakkan
sepenuhnya dibawah pengurusan anak ketiga Hj Abdullah, iaitu Muhammad Harith
yang menetap di Seoul.
Pada pagi itu,
satu mesyuarat agung tahunan BKK Bookstore diadakan di ibu pejabat itu.
Sebenarnya, Khun Ezry, En. Rafiq dan Khun Muaz di hantar ke sana adalah untuk
menghadiri mesyuarat agung tersebut bagi menggantikan datuk dan pak cik Harith
mereka yang tidak dapat hadir. Dalam satu ucapannya semasa mesyuarat itu mula
berlangsung, Khun Ezry menyatakan tujuan kehadiran mereka di sana dan sebab
datuk dan pak cik mereka tidak dapat menghadirkan diri. Selesai berucap, Khun
Ezry segera merasmikan mesyuarat tersebut.
Semasa mesyuarat
itu berlangsung, Khun Ezry dan Khun Muaz tidak banyak bercakap. Oleh kerana
berlaku kekangan bahasa, hanya En. Rafiq sahaja yang berbincang dengan pihak
cawangan Seoul bagi pihak mereka berdua. Namun, Khun Ezry dan Khun Muaz masih
diminta untuk memberikan pendapat-pendapat mereka.
Dua jam kemudian,
mesyuarat agung tahunan itu selesai. Khun Ezry, En. Rafiq dan Khun Muaz tidak
terus pulang ke hotel namun mereka meminta untuk dibawa ke suatu kawasan
membeli-belah yang menjadi tumpuan pelancong di pusat bandar Seoul.
“En. Kim, boleh
bawa kami ke Myeongdong?” En. Rafiq bertanya kepada En. Kim.
“Boleh saja,
tuan.” Jawab En. Kim ringkas dan tersenyum lalu menyuruh pemandu van bergerak
dengan segera.
“Wah! Awesome sungguh pusat bandar Seoul ini.” Puji Khun Muaz yang teruja dengan
pembangunan bandaraya Seoul. Khun Ezry hanya tersenyum saja melihat keterujaan
adiknya yang baru berusia 19 tahun itu. Sebenarnya dia juga berasa kagum namun
tidak di tonjolkannya. Tidak lama kemudian, mereka tiba di Myeongdong dan
ketika itu waktu menjelang tengah hari. Myeongdong merupakan antara kawasan
membeli-belah yang menjadi tumpuan pelancong di Seoul.
En. Rafiq melihat
Khun Ezry dan Khun Muaz sangat teruja dengan keadaan di Myeongdong lantas
berkata, “Kamu berdua nampak sungguh
teruja dengan Myeongdong, ya.”
“Sememangnya,
Rafiq.” Jawab Khun Ezry ringkas. Jelas riak keseronokkan di wajahnya. Mereka
membeli pelbagai barangan seperti kasut, baju dan seluar termasuk juga
cenderahati. Khun Ezry terkejut melihat adiknya, Khun Muaz membeli pelbagai
barangan kesukaannya.
“Muaz, banyaknya
yang kamu beli…”
“Muazkan
k-poppers, abang.” Ujar Khun Muaz sambil berlagak ala artis k-pop.
“Bila masa yang
kamu jadi k-poppers ni…” Khun Ezry mengusap manja kepala adiknya. Khun Muaz
hanya tersengih kepada abangnya. Khun Ezry juga tidak ketinggalan untuk membeli
barangan yang diminatinya. Dia juga membeli 2 beruang teddy yang berpakaian
hanbok.
Khun Muaz merapati
abang sepupunya, En. Rafiq lalu membisikkan sesuatu. “Kalau abang Rafiq hendak
tahu, sebenarnya dalam senyap abang Ezry amat meminati fesyen Nam Joo Hyuk dan Lee Min
Ho.”
“Ya? Wah! Abang
Rafiq tidak tahu pun perihal itu. Patutlah sejak tadi dia tercari-cari
baju-baju yang pernah digayakan oleh Siwon dan Lee Min Ho” Ujar En. Rafiq di
selangi ketawanya. Dia sudah tersedia maklum dengan sikap Khun Ezry yang banyak
berahsia.
Oleh kerana
berlaku kekangan masa, mereka hanya berada di Myeongdong dalam masa beberapa
jam sahaja. Walaupun sekejap saja di Myeongdong, namun ia tetap memberikan satu
pengalaman yang cukup menyeronokkan buat mereka.
Bersambung...

Comments
Post a Comment