7 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 7 ~



~ 7 ~
Setelah pertemuan semula mereka di N Seoul Tower, hubungan Khun Ezry dan Yoona Umairah semakn rapat semula. Mereka sentiasa meluangkan masa bersama. Yoona Umairah yang merupakan anak tempatan Korea sentiasa membawa Khun Ezry melawati tempat-tempat pelancongan yang belum dilawatinya. Yoona Umairah selalu membawa Khun Ezry untuk bertemu keluarganya yang membuka kedai makan halal di Seoul. Apabila ke kedai makan milik keluargnya, Yoona Umairah selalu menghidangkan makanan kegemaran ‘oppa naesalang’nya itu iaitu dan Jajamyeon.

Pada petang beberapa hari kemudian…

 “Awak!” Kejut Yoona Umairah dari arah belakang Khun Ezry yang sedang asyik menikmati deruan air di Cheonggyecheon Stream yang terletak di tengah bandar Seoul. Terkejut Khun Ezry dibuatnya. Yoona Umairah lantas duduk disebelahnya.

“Awak rupanya, Yoona. Terkejut saya. Nasib baiklah saya tak ada sakit jantung.” Ujar Khun Ezry sambil mengusik Yoona Umairah. Yoona Umairah hanya tersenyum manja saja lalu dia duduk bersebelahan Khun Ezry.

Setelah agak lama terdiam, Khun Ezry memandang ke arah cahaya lampu yang menerangi tepian aliran itu lantas bertanya, “Yoona, awak sudah ambil lensa kamera awak yang terjatuh di Gyeongbokgung dahulu?”

Sambil memandang wajah Khun Ezry, Yoona Umairah menjawab. “Sudah. Bersama lensa kamera itu ada sehelai nota kecil. Tapi saya tak tahu siapa yang punya.”

Khun Ezry ketawa kecil lalu memandang Yoona Umairah. “Waktu itu kalau awak nak tahu, saya sudah terperasankan awak. Saya nak mendekati awak tapi…” Khun Ezry seakan terhenti seketika.

“Tapi apa awak…?” Tanya Yoona Umairah perlahan.

“Tapi apabila saya nak mendekati awak, awak sudah berlari keluar mendapatkan rombongan awak di luar Istana Gyeongbokgung dan pada itu juga, lensa kamera awak terjatuh lantas saya mengambilnya untuk diberikan pada..” Akhirnya Khun Ezry berterus-terang. Yoona Umairah yang mendengarkan hal itu kelihatan agak terkejut.

“Kenapa awak tidak panggil saya…?” Tanya Yoona Umairah dengan nada sedikit kecewa.

Khun Ezry memandang Yoona Umairah, “Saya tidak memanggil awak kerana saya tidak pasti sama ada itu awak, Yoona Umairah atau orang lain. Jika untuk diberikan semula lensa kamera, sememangnya saya nak panggil awak tapi awak dah jauh berlari keluar.” Jelas Khun Ezry panjang lebar melegakan hati Yoona Umairah. Yoona Umairah tersenyum.

“Jadinya nota ini milik awaklah?” Tanya Yoona Umairah sambil menunjukkan nota yang diberikan kepadanya ketika dia pergi mengambil lensa kameranya yang terjatuh di Istana Gyeongbokgung. Khun Ezry hanya tersenyum dan mengangguk.

Gomawo, oppa naesarang… (terima kasih, abang cintaku)” Ucap Yoona Umairah perlahan namun didengari juga oleh Khun Ezry.

Dalam nada perlahan juga, Khun Ezry membalasnya. “Mai pen rai krap, jagiya… (sama-sama, sayangku)” Seketika kemudian, Khun Ezry mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya. Dia mengeluarkan beruang teddy berpakaian hanbok lalu diberikan kepada Yoona Umairah.

Yoona Umairah teruja dengan pemberian itu. Jelas kelihatan pada riak wajahnya yang putih kemerahan itu. “Terima kasih banyak-banyak, oppa (abang)… Sayang awak…”

Khun Ezry hanya tersenyum malu lalu memegang tangan Yoona Umairah. Yoona Umairah sedikit terkejut dengan tindakan Khun Ezry itu. Khun Ezry memandang Yoona Umairah sedalamnya. “Yoona Umairah… Sudikah awak menjadi teman hidup saya selamanya?”

Pertanyaan itu mengejutkan Yoona Umairah, “Awak… saya… saya…”

Khun Ezry menantikan dengan sabra dan penuh debaran. “Saya menerima untuk menjadi teman hidup awak buat selama-lamanya.” Balas Yoona Umairah dengan tersenyum malu.

Yahhooo! Yes! She accept me! ” Khun Ezry terbangun dari duduknya dengan seronok. Setelah terperasankan orang lain melihatnya, dia duduk kembali.

“Awak…, adakah awak sudi menjadi peneman hidup saya juga buat selama-lamanya…?” Tanya Yoona Umairah dengan nada merendahkan diri. Khun Ezry memandang wajahnya dengan pandangan yang lembut.

“Selagi Allah memberikan kekuatan kepada saya, saya akan menjadi teman hidup awak selama-lamanya. Hanya Dia saja yang dapat memisahkan kita… Saya menerima awak dengan sepenuh hati saya.” Jawab Khun Ezry lalu menyarungkan cincin ke jari manis Yoona Umairah. Air mata gembira Yoona Umairah mula membasahi pipi. Khun Ezry dengan segera memberikan sehelai sapu tangannya kepada Yoona Umairah untuk mengesat air matanya.

Bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

2 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 2 ~

1 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 1 ~

8 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 8 ~