Posts

Showing posts from September, 2016

8 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 8 ~

Image
~ 8 ~ Khun Ezry dan Khun Muaz dibawa oleh Yoona Umairah ke Namdaemun Market. Namdaemun Market merupakan antara kawasan tarikan pelancong di Seoul. Ianya wajib dilawati oleh para pelancong yang bercuti di Korea Selatan. Dengan menaiki kereta miliknya, Yoona Umairah membawa mereka berdua ke sana pada tengah hari itu. Entah kenapa pada hari itu, Khun Ezry beria-ia untuk ke sana. “Kita dah sampai di Namdaemun Market.” Kata Yoona Umairah sejurus tiba di perkarangan Namdaemun Market. Khun Ezry dan Khun Muaz terlebih dahulu turun dari kereta sementara Yoona Umairah meletakkan keretanya. “Wah! Ramai juga orang tengah begini di Namdaemun.” Ujar Khun Ezry sejurus melihat Namdaemun Market yang dipenuhi oleh orang ramai termasuk para pelancong. Khun Muaz hanya mengangguk mengiakannya. Mereka berdua tidak masuk ke pasar itu terlebih dahulu namun mereka menunggu Yoona Umairah untuk masuk bersama. Semasa Yoona Umairah melintasi jalan raya di situ, seutas rantai tangannya telah ...