Posts

Showing posts from December, 2015

2. Hanbok VS Baju Melayu ~ Part 2 ~

Image
~ 2 ~ Penerbangan selama hampir 6 jam amat memenatkan. 45 minit sebelum pendaratan, Fiqri baru tersedar dari lenanya. Hampir 2 jam juga dia tertidur kerana kepenatan berada di atas kapal terbang. Sesedarnya Fiqri, dia lantas bertanya kepada Maisarah. “Mai, kita sudah sampai atau belum?” Maisarah yang ketika itu sedang leka membaca novel segera memandang ke arah abangnya. “Rasanya belum lagi, abang. Mungkin dalam 45 minit atau sejam lagi kita akan sampai.” Fiqri hanya tersenyum dan mengangguk. Dia kemudian melihat ke luar tingkap kapal terbang. Kelihatan lautan biru yang sangat cantik terbentang luas di bawah. Setibanya mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Fiqri dan Maisarah segera mengambil bagasi-bagasi mereka lalu keluar dari balai ketibaan antarabangsa. “Jom Mai, kita ke lobi lapangan terbang dahulu. Kita tunggu di sana.” Fiqri lantas mengajak Maisarah ke lobi lapangan terbang itu. Maisarah hanya mengangguk dan mengikuti abangnya. Tidak jauh da...

1. Hanbok VS Baju Melayu ~ Part 1 ~

Image
~ 1 ~ “Fiqri, minggu hadapan ummi nak kamu ke Seoul untuk uruskan stok pakaian yang ummi tempah dari Mak Cik Aisyah.” Pn. Safiyah memaklumkan kepada anaknya, Fiqri. Fiqri yang baru sahaja beberapa hari pulang dari Chiang Mai berasa agak terkejut dengan apa yang dimaklumkan ibunya. “Hah? Seoul, ummi? Jauhnya...” Ujar Fiqri kepada Pn. Safiyah. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Pn. Safiyah hanya mengangguk. “Tapi ummi... Takkanlah Fiqri yang mesti ke sana?” Tanya Fiqri kepada ibunya. Pn. Safiyah hanya mengangguk sambil terus menyangkut baju-baju di almari butiknya. Fiqri menundukkan kepalanya apabila melihat reaksi ibunya itu. Dia ligat berfikir. “Abang Fayyad kan ada, ummi. Dia boleh ke sana.” Fiqri mencadangkan kepada Pn. Safiyah. Pn. Safiyah lantas memandang ke arah Fiqri. “Abang Fayyad kan sedang berada di Abu Dhabi.” Jawab Pn. Safiyah lalu memasuki ke kaunter butiknya. Maisarah yang berada di kaunter hanya tersenyum melihat gelagat abangnya yan...

Pengenalan blog baru Khun Arif Yang Sri

Image
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Sawadde Krap semua... lama Khun menyepi dari blog Khun yang lama iaitu Khun Arif Yang Sri @ Arif Abd Manaf 97. Untuk pengetahuan semua terutama sekali pembaca-2 setia blog Khun yang lama... blog tersebut telah diremovedkan seperti yang dilihat apabila blog khun yang lama tu cuba dibuka... Khun pun tak tahu kenapa... tapi... itu semua tidak menjadi masalah... Dan.... Tadaaa!!! Blog khun yang baru... semua yang khun kongsikan terutama sekali penuliasan-penulisan khun seperti Apabila Khun Nai Ke... Seoul, Hanbok VS Baju Melayu akan khun kongsikan di sini semula. Insya Allah.  Selamat Membaca da teruskan menyokong :D ^_^