Posts

Showing posts from January, 2016

5. Hanbok VS Baju Melayu ~ Part 5 ~

Image
~ 5 ~ Sejak pagi-pagi lagi, Hazwan dan Fiqri sudah berada di lapangan terbang untuk menghantar stok-stok pakaian yang dipesan oleh Pn. Safiyah. Selesai sahaja urusan di sana, mereka segera pulang ke butik kafe Pn. Aisyah untuk bersarapan pagi. Lega rasanya hati Fiqri apabila segala urusan yang dipertanggungjawabkan padanya kini sudah selesai. Sekarang ini merupakan masa untuk dia bersama Maisarah berjalan-jalan di sekitar Bandaraya Seoul. “Macam mana urusan di lapangan terbang tadi? Semuanya okay?” Pn. Aisyah segera bertanya kepada Fiqri dan Hazwan sejurus mereka tiba di butik kafenya. Fiqri tersenyum lebar seraya menjawab, “Alhamdulillah, mak cik. Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.” Pn. Aisyah hanya mengangguk dan tersenyum. “Hari ini, kau dan Mai nak ke mana? Insya Allah aku boleh bawakan.” Tanya Hazwan lalu menghirup air cappucinonya. Fiqri terdiam sejenak untuk berfikir. Sedang dia memikirkan tempat untuk dia dan Maisarah pergi melawati, ti...

4. Hanbok VS Baju Melayu ~ Part 4 ~

Image
~ 4 ~ Tengah hari itu, semasa di butik kafe, Pn. Aisyah memaklumkan kepada Fiqri dan Hazwan berkenaan beberapa stok pakaian yang baru tiba di butik kafe mereka. Selesai Fiqri dan Hazwan melakukan pemeriksaan kepada semua stok pakaian yang dipesan Pn. Safiyah, mereka segera mendapatkan Pn. Aisyah untuk melihat stok yang baru tiba. Setelah beberapa kakitangan butik kafe yang lain termasuklah Yuri Qaisarah hadir, barulah Pn. Aisyah menerangkan kepada mereka berkenaan semua stok yang baru tiba itu. “3 stok pakaian ini dari Malaysia manakala 3 stok lagi dari beberapa pengeluar tempatan.” Itulah diantara penerangan dari Pn. Aisyah. Semua yang ada mengangguk faham. Sambung Pn. Aisyah lagi, “Oleh itu, saya mahukan dua orang model untuk memperagakan pakaian-pakaian ini. 3 stok pakaian ini adalah pakaian lelaki manakala 3 stok lagi ialah pakaian wanita.” Hazwan segera mendekati dan melihat semua stok itu. “Salah satu daripada stok pakaian lelaki ini adalah baju melayu manakala s...

3. Hanbok VS Baju Melayu ~ Part 3 ~

Image
~ 3 ~ Pagi itu selesai menunaikan solat subuh, Hazwan mambawa Fiqri dan Maisarah pergi bersarapan di butik kafe ibunya. Pn. Aisyah menyediakan pelbagai hidangan sarapan pagi. Semua hidangan itu memukau Fiqri dan Maisarah. Selesai bersarapan, Fiqri melihat telefon bimbitnya. Ada satu notifikasi dari ibunya di Kuala Lumpur. “Fiqri, jangan lupa untuk uruskan semua stok pakaian yang ummi pesan dari Mak Cik Aisyah tempoh hari. P/S : anak ummi ini jangan macam2 di sana.” Begitulah notifikasi yang dihantar oleh Pn. Safiyah. Fiqri hanya tersenyum apabila membaca notifikasi tersebut. Setelah Hazwan selesai bersarapan, Fiqri ingin memaklumkan kepadanya berkenaan perkara itu. Belum sempat Fiqri bersuara, Hazwan terlebih berkatanya. “Sekejap lagi kita berdua akan uruskan stok-stok ummi kau, Fiqri.” “Okay, tiada hal.” Ujar Fiqri ringkas. “Mai pula bagaimana? Takkanlah Mai nak tunggu Abang Fiqri dan Abang Hazwan selesai menguruskan stok-stok pakaian ummi?” Maisarah merun...