4. Hanbok VS Baju Melayu ~ Part 4 ~
~ 4 ~
Tengah
hari itu, semasa di butik kafe, Pn. Aisyah memaklumkan kepada Fiqri dan Hazwan
berkenaan beberapa stok pakaian yang baru tiba di butik kafe mereka. Selesai
Fiqri dan Hazwan melakukan pemeriksaan kepada semua stok pakaian yang dipesan
Pn. Safiyah, mereka segera mendapatkan Pn. Aisyah untuk melihat stok yang baru
tiba. Setelah beberapa kakitangan butik kafe yang lain termasuklah Yuri
Qaisarah hadir, barulah Pn. Aisyah menerangkan kepada mereka berkenaan semua
stok yang baru tiba itu.
“3
stok pakaian ini dari Malaysia manakala 3 stok lagi dari beberapa pengeluar
tempatan.” Itulah diantara penerangan dari Pn. Aisyah. Semua yang ada
mengangguk faham. Sambung Pn. Aisyah lagi, “Oleh itu, saya mahukan dua orang
model untuk memperagakan pakaian-pakaian ini. 3 stok pakaian ini adalah pakaian
lelaki manakala 3 stok lagi ialah pakaian wanita.”
Hazwan
segera mendekati dan melihat semua stok itu. “Salah satu daripada stok pakaian
lelaki ini adalah baju melayu manakala salah satu daripada stok pakaian wanita
ini adalah hanbok.”
Pn.
Aisyah mengangguk seraya berkata, “Betul tu, Hazwan. Saya nak dua orang model
secara sukarela.” Semua yang berada di situ memandang antara satu sama lain dan
berbisikan. Tidak lama kemudian, mereka mencadangkan Fiqri dan Yuri Qaisarah.
Selesai Pn. Aisyah menimbangkan cadangan tersebut, dia segera bersetuju.
Terkejut Fiqri dan Yuri Qaisarah dengan keputusan Pn. Aisyah itu.
Hampir
15 minit, Fiqri belum lagi keluar dari bilik persalinan. Dia mesti memperagakan
pakaian tradisional orang Melayu iaitu baju melayu. Hazwan yang mula kerisauan
lantas mendapatkan Fiqri.
“Fiqr...
Fiqri... apa yang kau buat di dalam itu? Lama betul ni.” Tanya Hazwan. Sejurus
itu, Fiqri keluar dari bilik persalinan sambil memegang sampin yang belum lagi
dipakainya. Melihatkan keadaan sepupunya itu, Hazwan tertawa sehingga mengejut
yang lain. Malu Fiqri dibuatnya.
“Apalah
kau ni Fiqri, sejak dahulu lagi kau tak pernah pandai pakai sampin.” Hazwan
mengusik sepupunya itu.
Fiqri
mencebik. “Sebab itulah aku tak nak...”
Selesai
memakai baju melayu lengkap bersampin, barulah Fiqri keluar. Terpegun semua
yang melihat Fiqri termasuklah Yuri Qaisarah namun dia menyembunyikan reaksi
itu. Sememangnya Fiqri segak dan kacak dengan berbaju melayu.
Selesai
sahaja sesi fotografi Fiqri, tiba giliran Yuri Qaisarah untuk memperagakan stok
pakaian yang pertama iaitu Hanbok. Tidak sampai satu jam, Yuri Qaisarah selesai
menyiapkan dirinya dengan berpakaian hanbok dan keluar dari bilik persalinan.
Sekali lagi semua yang ada di situ berasa terpegun dengan kecantikan Yuri
Qaisarah dalam pakaian hanbok. Fiqri juga terpegun dengan kecantikan Yuri
Qaisarah. Hampir tidak terkelip matanya. Yuri Qaisarah sedar yang Fiqri sedang
melihatnya segera menegur Fiqri.
“Apa
yang awak tengokkan?” Tersentak Fiqri dibuatnya.
“Eh?
Tiada apalah. Awak yang perasan.” Jawab Fiqri seakan tidak melakukan apa-apa.
Yuri Qaisarah merapati Fiqri.
“Awak
jangan tipu. Saya nampak awak tertengok-tengokkan saya tadi.” Ujar Yuri
Qaisarah lagi. Fiqri tersengih.
“Pada
pendapat saya, awak nampak gemuk dalam pakaian hanbok ini.” Balas Fiqri selamba
diselangi dengan tertawa kecilnya. Muka Yuri Qaisarah kelihatan merah padan
kerana segan dan geram dengan kata-kata Fiqri.
“Awak
tu, bukannya pandai pakai sampin pun.” Ujar Yuri Qaisarah pula. Kali ini, Fiqri
pula berasa segan dan geram dengan kata-kata Yuri Qaisarah.
“Awak
tu ge...muk dengan pakaian hanbok!” Balas Fiqri lagi. Yuri Qaisarah segera
mendekati Fiqri namun Fiqri segera melarikan diri. Mereka saling usik-mengusik
malah Yuri Qaisarah sempat lagi mengejar Fiqri di sekeliling ruang fotografi di
butik kafe itu walaupun dengan berpakaian hanbok. Semua yang berada di situ
tertawa berdekah-dekah melihatkan gelagat Fiqri dan Yuri Qaisarah itu.
“Ini
yang dikatakan hanbok vs baju melayu. Fighting Fiqri!” Ujar Hazwan kepada
Maisarah yang turut berada di situ. Mereka turut tertawa melihat gelagat Fiqri
dan Yuri Qaisarah.
Bersambung....

Comments
Post a Comment