1 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 1 ~
~ 1 ~
Pagi
seperti kebiasaaannya, Khun Ezry bersama adiknya, Khun Muaz pergi ke kedai buku
milik keluarga mereka di Sukhumvit. Sebagai seorang pengurus besar cawangan
Kedai Buku BKK Bookstore di Bangkok, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk
menyelia segala urusan yang berkaitan dengan kedai buku tersebut. Khun Ezry
juga menjalankan rutin sampingannya dengan memantau gerak kerja
kakitangan-kakitangannya di kedai buku itu.
Pada
pagi itu juga, Khun Ezry dikunjungi oleh sepupunya, En. Rafiq dari Malaysia. Kedatangannya
disambut dengan gembria oleh Khun Ezry lalu diajaknya berbual di dalam pejabat.
“Rafiq,
ada apa kamu datang ke mari?” Khun Ezry bertanya kepada En. Rafiq selepas
mereka berbual panjang.
“Begini
Ezry, semalam aku mendapat panggilan daripada cawangan kedai buku keluarga kita
di Kuala Lumpur.” Jawab En. Rafiq dengan riak wajah yang serius. Khun Ezry mula
berasa risau kerana En. Rafiq menyebutkan nama kedai buku milik keluarganya.
“Ada
apa dengan cawangan di sana, Rafiq? Dan kenapa mereka tak call terus kepada aku di sini?” Tanya Khun Ezry dengan bertalu-talu.
Sambil membetulkan kedudukannya, En. Rafiq menjawab dengan tenang.
“Tenang
Ezry. Sebagai seorang Khun Naidi sini, kamu kena jai yen dii (bertenang) okay.”
Khun Ezry hanya tersenyum dan mengangguk. Dia cuba menenangkan dirinya.
En.
Rafiq tersenyum lantas mneyambung kata-katanya. “Atuk kita nak aku dan Muaz
temankan kamu untuk pergi ke Seoul. Tercengang Khun Ezry dibuatnya. Hah? Seoul?
Khun Ezry merasakan seperti bermimpi. Dia ingatkan En. Rafiq Cuma berseloroh
sahaja.
“Seoul?
Biar betul kamu ni, Rafiq?” Khun Ezry seperti tidak percaya.
“Ish…,
betul la, Ezry. Kalau tidak, buat apa aku datang ke sini dari Kuala Lumpur.”
Ujar En. Rafiq untuk meyakin sepupunya, Khun Ezry. Khun Ezry mengangguk saja.
Lama juga dia terdiam. Ya atau tidak itu yang sedang difikirkannya. Tapi untuk
apa?. Khun Ezry bermonolog sendirian.
Melihatkan
keadaan itu, En. Rafiq segera berkata, “Kita pergi atas urusan kerja, Ezry.
Kamu jangan risaulah ya.” En. Rafiq berhenti seketika lalu menghirup air yang
dihidangkan kepadanya. Khun Ezry hanya terdiam lagi.
“Kalau
berkaitan pengurusan cawangan di Bangkok ini, atuk dan ayah kamu sudah
pertanggungjawabkannya kepada Kak Mint. Jadinya… Keep cool okay.” Barulah
senang rasa hati Khun Ezry mendengarnya.
“Itulah
yang aku nak dengar sebenarnya dari tadi. Hihihi.” Ujar Khun Ezry sambil ketawa
kecil. Kemudian, Khun Ezry memanggil adiknya, Khun Muaz untuk memaklumkan
perkara tersebut. Khun Muaz juga terkejut bercampur gembira apabila mendengar
hal itu. Beberapa hari kemudian…
Bersambung...

Comments
Post a Comment