14. Hanbok VS Baju Melayu ~ Part 14: Final ~
~
14 ~
“Fiqri? Awak Fiqri kan?” Tanya Yuri
Qaisarah seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya.
“Ya, sememangnya saya, Qaisarah.” Jawab
Fiqri. Dia segera mendekati Yuri Qaisarah. Yuri Qaisarah pula sekan-akan hendak
pergi dari situ. Fiqri segera menahannya.
“Awak hendak ke mana, Qaisarah? Apakah awak
sudah tidak sudi untuk bertemu dengan saya?” Fiqri bertanya Yuri Qaisarah
dengan bertalu-talu. Yuri Qaisarah terduduk.
“Saya... saya... saya berasa malu dengan
awak Fiqri. Saya merasakan diri saya ini sudah tidak layak untuk awak.” Jawab
Yuri Qaisarah sambil air matanya mula menitis. Dia berasa bersalah di atas apa
yang berlaku di antara mereka berdua.
Fiqri segera duduk di kerusi yang tidak
jauh dari Yuri Qaisarah. “Kenapa pula awak hendak berasa malu dengan saya?
Siapa kata yang awak tidak layak lagi untuk saya? Siapa yang mengatakan seperti
itu?”
Yuri Qaisarah menundukkan kepalanya. Dia
tidak dapat menjawab segala pertanyaan Fiqri itu. Melihatkan reaksi Yuri
Qaisarah seperti itu, Fiqri segera berkata, “Jika awak berasa malu dengan saya
berkenaan perkara yang sudah dahulu semasa di Seoul, lebih baik awak lupakan
saja.”
Yuri Qaisarah mengangkat kepalanya dengan
perlahan. Dia memandang wajah Fiqri yang kelihatan agak tenang. “Saya...
saya...”
“Saya faham perasaan awak, Qaisarah.” Ujar
Fiqri. Yuri Qaisarah terdiam. Dia merasakan seperti sudah tiada lagi kata-kata
untuk dia keluarkan.
Fiqri mengeluarkan sesuatu dari poket
seluarnya. Dia segera menghulurkan kepada Yuri Qaisarah. Yuri Qaisarah
mengambilnya dengan perlahan. Alangkah terkejutnya Yuri Qaisarah apabila
melihat pemberian Fiqri itu.
“Fiqri... inikan cincin? Kenapa pula awak
berikan pada saya?” Tanya Yuri Qaisarah kehairanan.
Fiqri lantas tersenyum dan seraya menjawab,
“Qaisarah, sewaktu kita berada di Jambatan Banpo dahulu, saya sudah bertekad
untuk memberikan cincin ini kepada awak. Saya ingin menjadikan awak sebagai
isteri saya namun... semuanya tidak menjadi.”
“Awak... ingin menjadikan saya sebagai apa,
Fiqri?” Yuri Qaisarah segera bertanya kepada Fiqri.
“Saya ingin menjadikan awak sebagai isteri
saya. Apakah awak sudi, Yuri Qaisarah?” Balas Fiqri. Yuri Qaisarah terdiam
sejenak. Dia memandang ke arah cincin tersebut.
“Fiqri, sebenarnya saya juga ingin
memberitahu sesuatu kepada awak.” Yuri Qaisarah memulakan bicaranya semula.
Fiqri hanya mengangguk. Sambung Yuri Qaisarah lagi, “Sebenarnya saya sudah
mempunyai seseorang di hati saya yang setia menunggu saya.”
Fiqri tidak tersentak dengan kata-kata Yuri
Qaisarah itu. Dia bertenang lalu bertanya kepada Yuri Qaisarah, “Beruntungnya
lelaki itu. Mesti lelaki itu yang terbaik di mata awakkan, Qiasarah?”
“Ya, Fiqri. Sememangnya lelaki itu yang
terbaik di mata saya.” Jawab Yuri Qaisarah. Fiqri hanya mengangguk perlahan.
Sambung Yuri Qaisarah lagi, “Lelaki itu telah banyak menolong saya. Walaupun
dia sering membuatkan saya sakit hati padanya namun dia berjaya menambat hati
saya.”
Fiqri memandang perlahan ke arah Yuri
Qaisarah. “Dari apa yang saya dengar, sememagnya lelaki itu adalah yang terbaik
untuk awak. Semoga awak berbahagia dengannya.” Fiqri ingin beredar dari situ
namun dihalang oleh Yuri Qaisarah.
“Lelaki yang saya maksudkan itu adalah
seorang Jejaka Baju Melayu yang dahulu sering mengusik saya sebagai Si Gadis
Hanbok. Dialah bakal suami saya dan bapa kepada anak-anak saya nanti.” Ujar
Yuri Qaisarah panjang lebar. Fiqri terpaku dengan kata-kata Yuri Qaisarah itu.
Fiqri segera memandang Yuri Qaisarah tanpa sebarang kata yang keluar dari
mulutnya.
“Apakah awak menerima lamaran saya?” Tanya
Fiqri.
Yuri Qaisarah mengangguk seraya menjawab,
“Ya tetapi dengan dua syarat...”
“Apakah syaratnya, Qaisarah? Insya Allah
saya akan tunaikan...” Ujar Fiqri pula.
“Syarat yang pertama..., ummi awak kenalah
melamar saya bukannya awak. Awakkan, Fiqri...” Ujar Yuri Qaisarah pula sambil
tersenyum. Fiqri hanya tersengih.
“Syarat yang kedua... saya hendak pakai
hanbok semasa majlis perkahwinan kita nanti.” Yuri Qaisarah mengemukakan syarat
keduanya. Syarat ini agak mengejutkan Fiqri.
“Apa? Hanbok? Oh tidak...” Ujar Fiqri pula.
“Kenapa pula, Fiqri?” Tanya Yuri Qasiara
pula kehairanan.
“Saya... agak tidak berminatlah.” Jawab Fiqri.
Yuri Qaisarah memasamkan mukanya. “Tapi...
awak kata awak sayangkan saya.”
“Ya, ya, saya faham... tapi awak seorang
saja yang pakai. Saya tidak mahu.” Ujar Fiqri pula. Yuri Qaisarah hanya
tersenyum riang.
Sebulan setelah itu, Pn. Safiyah
bersama-sama Kak Anis, Pak Cik Aliff dan Mak Cik Sofea berangkat ke Seoul untuk
bertemu dengan ibu bapa Yuri Qaisarah. Mereka bersetuju dengan lamaran keluarga
Fiqri. Seminggu kemudian mereka ditunangkan dan kebetulan sehari selepas hari
pertunangan mereka berdua, Yuri Qaisarah terpaksa ke Beijing untuk sesi
praktikal pengajiannya. 3 bulan kemudian setelah Yuri Qaisarah menamatkan
pengajiannya, mereka disatukan sebagai suami dan isteri.
...Tamat....
~ Terima kasih kepada semua yang sudi membaca penulisan saya yang tidak seberapa ini ~

Comments
Post a Comment