5. Hanbok VS Baju Melayu ~ Part 5 ~



~ 5 ~


Sejak pagi-pagi lagi, Hazwan dan Fiqri sudah berada di lapangan terbang untuk menghantar stok-stok pakaian yang dipesan oleh Pn. Safiyah. Selesai sahaja urusan di sana, mereka segera pulang ke butik kafe Pn. Aisyah untuk bersarapan pagi. Lega rasanya hati Fiqri apabila segala urusan yang dipertanggungjawabkan padanya kini sudah selesai. Sekarang ini merupakan masa untuk dia bersama Maisarah berjalan-jalan di sekitar Bandaraya Seoul.

“Macam mana urusan di lapangan terbang tadi? Semuanya okay?” Pn. Aisyah segera bertanya kepada Fiqri dan Hazwan sejurus mereka tiba di butik kafenya.

Fiqri tersenyum lebar seraya menjawab, “Alhamdulillah, mak cik. Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.” Pn. Aisyah hanya mengangguk dan tersenyum.

“Hari ini, kau dan Mai nak ke mana? Insya Allah aku boleh bawakan.” Tanya Hazwan lalu menghirup air cappucinonya. Fiqri terdiam sejenak untuk berfikir. Sedang dia memikirkan tempat untuk dia dan Maisarah pergi melawati, tiba-tiba Maisarah datang bersama seorang gadis yang sebaya dengannya. Baru Fiqri tersedar yang adiknya tidak berada di butik kafe semasa mereka tiba di situ.

“Selamat pagi, Abang Fiqri!” Ucap Maisarah dan segera mendapatkan abangnya yang sedang duduk di sebuah meja yang tidak jauh dari kaunter. Kebetulan waktu itu Hazwan pergi ke dapur kafe.

“Selamat pagi, Mai!” Balas Fiqri kembali. Dia terperasankan gadis yang mengekori Maisarah. “Mai, siapa gadis ni?”

“Lupa pula Mai nak kenalkan. Abang, kenalkan ini Jung Shiya dan Jung Shiya ini adalah abang saya, Fiqri.” Maisarah memperkenalkan Jung Shiya kepada abangnya. Fiqri hanya tersenyum lalu mempersilakan mereka duduk bersamanya.

“Untuk pengetahuan abang, Jung Shiya merupakan rakan sekelas Mai ketika di tingkatan 5 dahulu.” Ujar Maisarah kepadanya abangnya. Terkejut Fiqri dibuatnya.

“Apa? Rakan sekelas Mai? Abang tidak tahupun selama ini.” Ujar Fiqri pula seakan tidak percaya. Maisarah tertawa kecil.

“Saja Mai tidak memberitahu pada abang.” Balas Maisarah. Tidak lama kemudian, Hazwan mendatangi mereka bertiga. Alangkah terkejutnya Hazwan apabila melihat Jung Shiya berada bersama Fiqri dan Maisarah.

“Jung Shiya, bila yang kamu datang ke sini?” Hazwan segera bertanya kepada Jung Shiya.

“Baru sebentar tadi, Abang Hazwan.  Saya datang dengan Maisarah.” Jawab Jung Shiya. Hazwan mengangguk lalu duduk bersama mereka. Fiqri dan Maisarah terdiam kerana melihat Hazwan dan Jung Shiya seakan sudah mengenali sesama mereka.

“Abang Hazwan mengenali Jung Shiya?” Tanya Maisarah.

Hazwan tertawa kecil. “Sememangnya, Mai. Jung Shiya ini adalah jiran setaman dengan Abang Hazwan.”

“Wah! Kau tak beritahupun pada aku, Jung Shiya.” Ujar Maisarah. Jung Shiya hanya tersenyum.

Setelah selesai bersarapan, Fiqri menyatakan tempat yang ingin ditujunya kepada Hazwan. “Teringin pula aku nak ke Istana Gyeongbokgung. Boleh kau kami ke sana, Hazwan.”

“Gyeongbokgung? Tidak menjadi masalah. Boleh saja.” Ujar Hazwan mengembirakan hati Fiqri dan Maisarah.

“Abang, boleh tak Jung Shiya turut serta?” Tiba-tiba Maisarah bertanya kepada abangnya. Jung Shiya yang berada di situ berasa segan.

Fiqri mencubit manja pipi adiknya seraya berkata, “Boleh saja, lagipun Jung Shiya kan rakan Mai.” Senyum lebar Maisarah dibuatnya.

“Jung Shiya juga boleh jadi rakan pemandu pelancong Abang Hazwan.” Ujar Hazwan pula. Lagi seronok Maisarah dan Jung Shiya.


Tepat jam 11 pagi, mereka tiba diperkarangan Istana Gyeongbokgung. Hazwan dengan dibantu Jung Shiya membawa Fiqri dan Maisarah berjalan-jalan di sekitar kawasan istana itu. Keindahan dan kecantikan seni bina Istana Gyeongbokgung itu amat memukau pandangan orang ramai. Fiqri yang turut terpukau dengan keindahan dan kecantikan itu dengan segera menangkap beberapa gambar istana tersebut.

“Abang, Mai dan Jung Shiya nak ke dewan besar istana itu sekejap.” Maklum Maisarah kepada abangnya.

“Baiklah, hati-hati, okay.” Ujar Fiqri kembali lalu dia menuju ke Gwanghamun Square. Sedang dia menangkap beberapa gambar di sekitar kawasan itu, ada seseorang menyapanya dari belakang. Dengan perlahan Fiqri berpaling ke arah orang itu dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat orang itu.


Bersambung.... 

Comments

Popular posts from this blog

2 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 2 ~

1 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 1 ~

8 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 8 ~