3. Hanbok VS Baju Melayu ~ Part 3 ~
~ 3 ~
Pagi
itu selesai menunaikan solat subuh, Hazwan mambawa Fiqri dan Maisarah pergi
bersarapan di butik kafe ibunya. Pn. Aisyah menyediakan pelbagai hidangan
sarapan pagi. Semua hidangan itu memukau Fiqri dan Maisarah. Selesai
bersarapan, Fiqri melihat telefon bimbitnya. Ada satu notifikasi dari ibunya di
Kuala Lumpur.
“Fiqri,
jangan lupa untuk uruskan semua stok pakaian yang ummi pesan dari Mak Cik
Aisyah tempoh hari. P/S : anak ummi ini jangan macam2 di sana.” Begitulah
notifikasi yang dihantar oleh Pn. Safiyah. Fiqri hanya tersenyum apabila
membaca notifikasi tersebut.
Setelah
Hazwan selesai bersarapan, Fiqri ingin memaklumkan kepadanya berkenaan perkara
itu. Belum sempat Fiqri bersuara, Hazwan terlebih berkatanya.
“Sekejap
lagi kita berdua akan uruskan stok-stok ummi kau, Fiqri.”
“Okay,
tiada hal.” Ujar Fiqri ringkas.
“Mai
pula bagaimana? Takkanlah Mai nak tunggu Abang Fiqri dan Abang Hazwan selesai
menguruskan stok-stok pakaian ummi?” Maisarah merungut kepada abangnya. Fiqri
tersenyum.
“Mai
jangan risau, mak cik kan ada. Pukul 10 pagi nanti, mak cik dan Kak Anis akan
bawa Mai ke Myeongdong.” Ujar Pn. Aisyah turut berada di situ. Alangkah
gembiranya hati Maisarah. Dia lantas mengangguk bersetuju. Sememangnya dia
berniat untuk pergi bersiar-siar di kawasan tersebut pada pagi itu.
Jam
tepat menunjukkan pukul 9 pagi. Selesai mereka bersarapan, Hazwan membawa Fiqri
ke tingkat atas butik kafe itu. Di situ terletaknya hampir 12 buah kotak
pakaian yang dipesan ibunya. Terkejut Fiqri.
“Banykanya...
macam manalah nak diuruskan semua ini?” Fiqri megeluh. Terdengar keluhan Fiqri,
Hazwan memegang bahu sepupunya itu.
“Kau
janganlah risau, Fiqri. Nanti akan ada orang datang tolong kita berdua.” Fiqri
hanya mengangguk perlahan. Tidak lama selepas itu, datang dua orang pekerja
butik kafe Pn. Aisyah. Mereka memberikan salam hormat kepada Hazwan dan Fiqri.
Mereka berdua turut mengucapkan salam hormat kepada dua pekerja itu. Sejurus
Fiqri berpaling melihat ke arah salah seorang pekerja itu, dia berasa terkejut.
Dia seperti mengenali pekerja itu dan Fiqri cuba menginagatinya kembali.
Sekarang baru dia teringat yang pekerja itu atau ‘gadis Hanbok yang garang’
itulah yang menegurnya semalam.
“Cik,
awakkan yang tegur saya semalam?” Fiqri lantas bertanya kepada gadis itu dengan
berbahasa Inggeris. Gadis itu segera memandang ke arah Fiqri.
“Cik
ini juga yang memandang semacam saja pada saya semalam bukan?” Tanya gadis itu
pula. Gadis ini juga berbahasa Inggeris.
Fiqri
mengecilkan matanya seakan mengancam sesuatu. “Ya, sememangnya saya. Kenapa?”
“Ya,
saya juga yang menegur cik semalam.” Jawab gadis itu pula dengan nada tegas.
Mereka mula hendak bertegang urat. Memandangkan hal itu akan menjadi semakin
teruk, Hazwan dengan segera mengamankan mereka.
“Hazwan,
kau kenal gadis ini?” Fiqri bertanya kepada Hazwan.
“Ya,
diakan pekerja ibu aku dan merupakan jiran setaman dengan aku.” Jawab Hazwan.
Jawapan itu agak mengejutkan Fiqri.
Gadis
itu pula bertanya kepada Hazwan. “Cik Hazwan kenal lelaki ini?” Gadis itu
bertanya dengan bahasa Korea.
Hazwan
mengangguk seraya menjawab, “Sememangnya ya. Dia ini sepupu saya dari
Malaysia.” Gadis itu hanya mengangguk. Melihatkan kedua-duanya terdiam, Hazwan
segera saling memperkenalkan mereka.
“Fiqri,
aku kenalkan Yuri Qaisarah, pengurus stok butik kafe ini. Qaisarah, saya
perkenalkan pula Fiqri, sepupu saya.” Hazwan memperkenalkan mereka.
“Selamat
berkenalan.” Ucap Yuri Qaisarah sambil melakukan tunduk hormat.
Fiqri
juga melakukan hal yang sama. “Selamat berkenalan juga.”
Setelah
hampir dua jam menguruskan stok-stok itu, Hazwan mendapat panggilan dari butik
kafe ibunya dari cawangan lain. Mereka meminta Hazwan untuk pergi ke sana
secepat mungkin kerana ada hal yang mustahak. Kini, hanya tinggal Fiqri dan
Yuri Qaisarah serta seorang pekerja lagi untuk uruskan stok-stok berkenaan.
Di
kesempatan itu, Fiqri mula berkenalan lebih rapat dengan Yuri Qaisarah. Dia
cuba berbahasa Korea walaupun tidak berapa fasih. “Maafkan saya Cik Qaisarah,
boleh saya bertanya beberapa soalan?”
“Boleh,
silakan.” Jawab Yuri Qaisarah ringkas.
“Cik
Qaisarah tidak bekerjakah hari ni? Sebabnya saya lihat cik datang agak lewat
dari waktu masuk kerja.” Tanya Fiqri. Yuri Qaisarah tidak sedikitpun memamdang
ke arah Fiqri.
“Jika
diikutkan sememangnya saya tidak bekerja hari ini. Tetapi, Pn. Aisyah mohon
pertolongan saya untuk mebantu cik dan Cik Hazwan menguruskan semua stok-stok
ini.” Yuri Qaisarah menjawab dengan jelas. Fiqri mengangguk
Dia
terus mencari soalan untuk ditanyakan kepada Yuri Qaisarah. “Cik sememangnya
orang Korea ataupun campuran?”
“Kenapa?”
Tanya Yuri Qaisarah pula. Baru ketika itu dia memadang ke arah Fiqri. Pandangan
Yuri Qaisarah itu sekali lagi memukau penglihatan Fiqri. “Tetapi kenapa, Cik
Fiqri?”
“Ya,
saya. Hmmm... sebabnya cik tidak kelihatan macam orang tempatan Korea.” Jawab
Fiqri selepas tersedar dari lamunannya. Yuri Qaisarah tersenyum.
“Untuk
pengetahuan cik, saya sememangnya bukan orang Korea tetapi campuran Melayu
dengan Korea.” Jawab Yuri Qaisarah pula. Fiqri agak terkejut dengan jawapan
itu.
“Jadinya,
cik boleh berbahasa Melayulah?” Fiqri bertanya lagi. Yuri Qaisarah hanya
mengangguk. Sambung Fiqri lagi, “Jika begitu, lebih baik saya bercakap dalam
bahasa Melayu.” Yuri Qaisarah hanya tertawa kecil mendengar kata-kata Fiqri
itu.
“Dan
satu lagi, panggil saja saya Qaisarah.” Ujar Yuri Qaisarah.
Fiqri
mengangguk seraya berkata, “Baiklah. Qaisarah juga boleh panggil saya, Fiqri.”
Yuri Qaisarah hanya mengangguk dan tersenyum. Mereka mula mengenali antara satu
sama lain. Walaupun masing-masing masih keseganan dan perasaan ‘bertegang urat’
masih ada namun kedua-duanya berkeinginan untuk berkenalan dengan lebih rapat
lagi.
Bersambung....

Comments
Post a Comment