2. Hanbok VS Baju Melayu ~ Part 2 ~
~ 2 ~
Penerbangan
selama hampir 6 jam amat memenatkan. 45 minit sebelum pendaratan, Fiqri baru
tersedar dari lenanya. Hampir 2 jam juga dia tertidur kerana kepenatan berada
di atas kapal terbang. Sesedarnya Fiqri, dia lantas bertanya kepada Maisarah.
“Mai,
kita sudah sampai atau belum?” Maisarah yang ketika itu sedang leka membaca
novel segera memandang ke arah abangnya.
“Rasanya
belum lagi, abang. Mungkin dalam 45 minit atau sejam lagi kita akan sampai.”
Fiqri hanya tersenyum dan mengangguk. Dia kemudian melihat ke luar tingkap
kapal terbang. Kelihatan lautan biru yang sangat cantik terbentang luas di
bawah.
Setibanya
mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Fiqri dan Maisarah segera
mengambil bagasi-bagasi mereka lalu keluar dari balai ketibaan antarabangsa.
“Jom
Mai, kita ke lobi lapangan terbang dahulu. Kita tunggu di sana.” Fiqri lantas
mengajak Maisarah ke lobi lapangan terbang itu. Maisarah hanya mengangguk dan
mengikuti abangnya. Tidak jauh dari pintu keluara lobi lapangan terbang, Hazwan
sudah menunggu mereka di sana.
“Fiqri!
Maisarah!” Hazwan segera memanggil Fiqri dan Maisarah. Setelah terdengar suara
Hazwan memanggil mereka berdua, Fiqri dan Maisarah segera mendapatkan Hazwan.
“Assalamualaikum,
Fiqri, Maisarah...” Ucap Hazwan dengan kegembiraan. Dia amat gembira apabila
mendapat tahu bahawa Fiqri dan Maisarah akan ke Seoul.
“Waalaikumussalam...”
Jawab Fiqri dan Maisarah serentak. Mereka berasa agak hairan kerana Hazwan
sudah sedia menunggu mereka. Fiqri lantas bertanya, “Macam mana kau tahu kami
tiba di sini?”
Hazwan
tersenyum lalu menjawab, “Ala... ibu kaulah yang beritahu aku tengah hari
tadi.” Fiqri dan Maisarah hanya tersenyum mendengar jawapan Hazwan. Mereka
sudah mengagakkan perkara ini.
“Sebelum
terlupa, saya ucapkan Hwangyong hamnida kepada Fiqri dan Maisarah.” Ujar Hazwan
sambil melakukan tunduk hormat. Fiqri dan Maisarah turut melakukannya.
“Kamsahamnida,
Hazwan oppa...” Ucap Maisarah pula. Terkejut Hazwan dibuatnya.
“Wah...
Mai boleh bercakap dalam bahasa korea... Daebak!” Ujar Hazwan dengan perasan teruja.
Maisarah tersengih dan mengangguk.
“Bolehlah
sikit, abang Hazwan.” Fiqri hanya tersenyum melihat gelagat Hazwan dan
Maisarah. Dia juga mampu berbahasa Korea namun dia tidak mempamerkannya.
“Jom
Fiqri dan Mai, kita sudah lambat ni. Nanti Mak Cik Aisyah marah pula.” Hazwan
segera mengajak Fiqri dan Maisarah untuk bertemu dengan Pn. Aisyah di butik
kafenya yang terletak di Bandaraya Seoul. Pn. Aisyah merupakan adik kepada Pn.
Safiyah dan ibu kepada Hazwan.
Tanpa
berlengah mereka bertiga segera bertolak ke Bandaraya Seoul. Pemandangan yang
indah dan menarik sepanjang perjalanan ke Seoul dari Incheon amat memukau
pandangan sesiapa yang melihatnya. Begitulah yang terjadi kepada Fiqri. Dia yang
merupakan lulusan Ijazah Fotografi dan Perfileman tidak melepaskan peluang
keemasan itu begitu sahaja. Dengan berbekalkan kamera Nikon, Fiqri dengan
lantas mengambil beberapa gambar pemandangan yang indah itu.
Mula
terbit di dalam hatinya keinginan untuk meneroka keindahan Bandaraya Seoul yang
selalu dikatakan oleh orang ramai dan seperti yang terpampang di kaca
televisyen.
“Insya
Allah..., selepas selesai segala urusan, aku nak teroka keindahan Bandaraya
Seoul ini.” Getus hati Fiqri. Matanya tidak lepas dari memandang keindahan
bandaraya itu.
Setelah
hampir 2 jam perjalanan, barulah mereka tiba di butik kafe yang dimiliki oleh
Pn. Aisyah. Walaupun ianya berkonsepkan butik kafe namun pelanggan yang datang
seperti kedai itu berkonsepkan kafe sahaja. Dari luar, butik kafe Pn. Aisyah
kelihatan sudah dipenuhi para pelanggan. Mereka bertiga segera masuk ke butik
kafe itu.
Kedatangan
Fiqri dan Maisarah disambut dengan meriah oleh Pn. Aisyah. Sebagai tanda menugucapakan
selamat datang, Pn. Aisyah menyediakan beberapa hidangan istimewa yang ada di
butik kafenya. Hidangan istimewa yang disediakan oleh Pn. Aisyah merangkumi masakan
3 negara iaitu Malaysia, Thailand dan Korea.
Fiqri
dan Maisarah yang sememangnya sedang lapar ketika itu segera menjamahnya dengan
berselera sekali. Sedang Fiqri menjamah makanannya, tiba-tiba ada seorang gadis
dengan berpakaian hanbok moden dan betudung litup memasuki butik kafe Pn.
Aisyah. Mata Fiqri lantas memandang gadis itu tanpa berkelip. Dia seakan
terpaku dengan kecantikan gadis itu.
“Apa
tengok-tengok?” Tegur gadis itu dengan nada yang agak tegas. Fiqri tersentak
dan terdiam. Gadis itupun berlalu dari situ dan terus menuju ke tingkat atas
butik kafe Pn. Aisyah.
“Abang,
cantik tak kakak tadi?” Tiba-tiba Maisarah bertanya kepada Fiqri.
“Gadis
tadi tu? Tolonglah... Cantik apanya.” Jawab Fiqri dengan nada sinis. Pada
zahirnya kelihatan dia tidak menyukai gadis itu tetapi dalam hatinya, Fiqri
mula menyukai gadis itu. Maisarah hanya mencebik.
Pada
malam itu, Fiqri dan Maisarah bermalam di rumah Pn. Aisyah. Pada mulanya Fiqri
dan Maisarah hendak bermalam di hotel walaupun ibu saudara mempunyai rumah di
sana. Namun, Pn. Aisyah meminta mereka bermalam di rumahnya.
Seusai
solat isyak, Fiqri pergi ke balkoni yang terletak berhadapan bilik yang
diinapnya. Dia melihat ke arah deretan rumah yang berada di sekitar rumah Pn.
Aisyah. Seketika kemudian, Fiqri tersenyum sendirian. Dia teringatkan gadis
berpakaian hanbok yang menegurnya siang tadi.
“Cantik
juga gadis tadi. Agaknya, apalah nama si dia?” Fiqri bermonolog. Keletihan mula
menguasai dirinya dan sudah sampai masanya untuk dia merehatkan dirinya.

Comments
Post a Comment