6 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 6 ~


~ 6 ~

Destinasi seterusnya ialah ke Menara Namsan atau N Seoul Tower yang merupakan antara destinasi wajib bagi pelancong yang ke Seoul. Selepas bersarapan pagi di Jongno-gu, En. Kim membawa Khun Ezry, En. Rafiq dan Khun Muaz ke Menara Namsan. Setibanya mereka di sana, sudah kelihatan para pelancong di sekitar kawasan menara itu terutamanya di Locks Of Love.

“Kita sudah tiba Menara Namsan dan tuan-tuan bolehlah menghirup udara yang segar di luar.” Ujar En. Kim kepada Khun Ezry, En. Rafiq dan Khun Muaz. Khun Ezry dan Khun Muaz kelihatan begitu teruja kerana dapat menjejakkan kaki ke Menara Namsan. Bagi En. Rafiq pula, ianya pengalaman keduanya ke menara itu.

“Jom kita ambil angin di sana sambil menghayati pemandangan indah Bandaraya Seoul.” En. Rafiq mengajak dua sepupunya itu ke Locks Of Love. Khun Ezry dan Khun Muaz segera mengikuti En. Rafiq. Dari Locks Of Love, mereka dapat melihat keindahan Bandaraya Seoul yang membangun itu. Khun Ezry kemudiannya pergi bersiar-siar di sekitara kawasan itu bersendirian.

Sambil melihat manga-mangga yang berada di situ, Khun Ezry dilanggar oleh seorang gadis dari sisinya. Salah satu lensa kamera gadis itu terjatuh dari beg sandangnya. Khun Ezry segera mengambilnya lalu hendak diserahkan kepada pemilik lensa tersebut. Khun Ezry berasa seperti pernah dilihatnya lensa kamera itu, tapi di mana? Kemudian baru dia teringat, di Istana Gyeongbokgung.

“Maafkan saya, encik. Saya tidak sengaja terlanggar encik tadi.” Gadis it terus meminta sambil berkata-kata dengan laju. Khun Ezry lantas memberikan lensa kamera gadis itu.

“Tidak mengapa, cik.” Ujar Khun Ezry dengan wajah yang manis. Khun Ezry tergamam apabila terlihat wajah gadis itu. Gadis itu juga menjadi terkejut melihatkan Khun Ezry seakan tergamam dihadapannya.

Gadis itu melambaikan tangannya di hadapan wajah Khun Ezry. “Enciik… Encik…” Gadis itu cuba mengejut Khun Ezry. Sedetik kemudian, baru Khun Ezry tersedar.

“Maafkan saya, cik.” Ucap Khun Ezry dengan wajah merah padam kerana malu. Gadis itu mengamati wajah Khun Ezry.

“Adakah kita pernah bertemu sebelum ini, encik?” Tanya gadis itu kepada Khun Ezry.

“Rasanya ya.” Jawab Khun Ezry ringkas lalu bertanyakan nama gadis itu. Gadis itu kelihatan agak segan menyebut namanya namun dia beritahu juga.

“Nama saya Yoona Umairah.” Mendengar nama itu, Khun Ezry kelihatan terkejut lalu segera bertanya.

“Yoona Umairah Binti Tuan Farouk, kan?” Gadis itu tergamam sambil mengangguk perlahan.

“Bagaimana dia tahu nama sebenar aku?” Getus Umairah dalam hatinya. Dia cuba mengimbas wajah Khun Ezry melalui imbasan mindanya. Sekarang baru dia teringat siapa dia Khun Ezry.

“Awakkan Khun Muhd Ezry Bin Khun Abdul Rahman. Yang dipanggil Khun Nai, kan?” Umairah bertanya pula. Khun Ezry lantas mengangguk mengiakannya. Jelaslah kepada Umairah yang lelaki di hadapannya itu adalah rakan sekolah lamanya di Malaysia.

“Apakah awak sudah lupakan saya, Umairah?” Tiba-tiba Khun Ezry bertanya dengan nada sayu. Dia menundukkan kepalanya lalu memandang ke arah bandaraya Seoul. Yoona Umairah lantas mendekati Khun Ezry.

Sambil menundukkan penglihatannya ke arah kamera yang dipegangnya, Umairah menjelaskan. “Sebenarnya Ezry, saya tidak pernah lupakan awak. Walaupun saya menyambung pelajaran di luar negara namun saya tidak pernah lupakan awak. Saya ingat awak yang lupakan saya.”

Khun Ezry lantas memandang ke arah Umairah. “Yoona naesalang. Nama dan perkataan itu sentiasa segar dalam ingatan saya.”

“Tapi…” Yoona Umairah seakan mahu menangis. Khun Ezry segera memujuknya.

“Tapi apa, Umairah?” Tanya Khun Ezry perlahan. Yoona Umairah cuba menahan esak tangisnya namun tidak berjaya. Air matanya mula mengalir di pipi. Dia duduk di atas sebuah kerusi kayu di situ.

Yoona Umairah mengesat air matanya. “Tapi, apakah sayang awak pada saya masih ada? Sedangkan kita berada di dua negara yang berlainan?”

Khun Ezry segera duduk bersebelahan Yoona Umairah, “Apakah awak tinggal di Seoul dan tidak pulang ke Malaysia lagi?” Umairah mengangguk perlahan. Sambung Khun Ezry lagi, “Itu tidak menjadi masalah buat saya, Umairah. Selagi diizinkan Allah, saya akan tetap bersama awak dan walau apapun yang terjadi hanya Tuhan saja yang dapat memisahkan kita.”
Yoona Umairah amat terharu mendengar kata-kata Khun Ezry. Cinta lama mereka berputik kembali setelah sekian lama mereka terpisah. Sejak Khun Ezry berpindah ke Bangkok dan Yoona Umairah ke Seoul mereka tidak pernah berhubung lagi. Tidak lama kemudian, Khun Muaz dan En. Rafiq datang kepada mereka. Khun Ezry memperkenalkan Yoona Umairah kepada mereka berdua.

Bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

2 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 2 ~

1 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 1 ~

8 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 8 ~