6. Hanbok VS Baju Melayu ~Part 6~


~ 6 ~

“Gadis Hanbok...” Ujar Fiqri sambil memandang orang yang menegurnya itu.

“Awak ni kan, Fiqri. Selalu mengusik saya...” Ujar Yuri Qaisarah dengan nada merajuk. Fiqri hanya tertawa kecil.

“Maafkan saya, saya cuma bergurau dengan awak.” Pujuk Fiqri pula sambil tertawa kecil. Yuri Qaisarah kembali tersenyum.

“Tak mengapalah, Fiqri Yang Tidak Pandai Pakai Sampin.” Ujar Yuri Qaisarah pula mengusik Fiqri. Fiqri memasamkan mukanya. Sambung Yuri Qaisarah lagi, “Tadi awak usik saya boleh...”

“Yalah... Eh? Qaisarah, awak datang ke sini dengan siapa dan bila?” Tanya Fiqri pula.

Yuri Qaisarah mendekati Fiqri. “Saya datang seorang diri dan saya sudah berada di sini sejak pagi tadi.”

“Sejak pagi tadi? Lamanya. Awak ada urusan di sinikah?” Fiqri bertanya lagi. Dia segera mengajak Yuri Qaisarah untuk pergi ke dalam kawasan Istana Gyeongbokgung.

“Ya, sejak pagi tadi. Saya urusan dengan rakan university saya.” Jawab Yuri Qaisarah lagi. Fiqri hanya mengangguk. Mereka berdua terus berjalan menuju ke dalam kawasan istana itu.

Tidak lama kemudian, Maisarah dan Jung Shiya mendapatkan Fiqri dan Yuri Qaisarah yang berada tidak jauh dari Dewan Besar Istana Gyeongbokgung.

“Kak Qaisarah! Bila kakak datang ke sini?” Tanya Jung Shiya sejurus mendapatkan Yuri Qaisarah. Melihatkan keadaan itu, Fiqri dan Maisarah terdiam dan memandang sesama mereka.

“Kakak datang sejak pagi tadi.” Jawab Yuri Qaisarah.

“Abang Amir Lee tak ikut sekali?” Tanya Jung Shiya lagi. Yuri Qaisarah hanya menggelengkan kepalanya. Mukanya kelihatan kusam apabila Jung Shiya menyebutkan nama Amir Lee Won. Fiqri hanya memerhatikan Yuri Qasiarah.

“Kak Qaisarah ini kakak awak, Shiya?” Maisarah lantas bertanya kepada Jung Shiya.

Jung Shiya mengangguk seraya menjawab, “Ya, Maisarah. Maafkan saya kerana tidak pernah beritahu awak.” Maisarah hanya mengangguk dan tersenyum. Sejurus selepas itu, Hazwan pula mendatangi mereka. Lagi sekali berlaku perkara yang mengejutkan Fiqri dan Maisarah. Rupa-rupanya, Yuri Qaisarah dan Jung Shiya merupakan jiran setaman dengan Hazwan. Walapun Hazwan pernah memberitahu perihal itu kepada Fiqri dan Maisarah namun mereka tidak mengetahui yang Yuri Qaisarah dan Jung Shiya bersaudara.

“Kau tak pernah pun beritahu aku berkenaan perkara ini” Ujar Fiqri. Hazwan tertawa.

“Takkanlah semua perkara aku mesti beritahu kau, Fiqri.” Balas Hazwan pula yang masih tertawa. Fiqri hanya mencebik.


Menjelang tengah hari, mereka segera bertolak pulang ke Bandaraya Seoul untuk makan tengah hari. Hazwan membawa mereka ke salah sebuah restoran muslim milik rakannya. Setibanya mereka di sana, semua hidangan sudah siap dihidangkan.

“Wah! Cepatnya mereka hidangkan semua hidangan.” Ujar Fiqri.

Hazwan tersenyum. “Aku sudah meminta kepada mereka untuk menghidangkan semua hidangan ini 5 minit sebelum ketibaan kita.”

“Bagus tu, Hazwan. Terbaiklah!” Puji Fiqri. Mereka segera menjamah hidangan makanan tengah hari itu. Sedang Fiqri menjamah makanannya, tiba-tiba Yuri Qaisarah meletakkan sedikit ramen ke dalam pinggannya. Fiqri terkejut lalu menolaknya ke tepi pinggan.
Melihatkan keadaan itu, Yuri Qaisarah lantas bertanya, “Awak tak makan ramen, Fiqri?”

“Er... tidak, Qaisarah.” Jawab Fiqri dengan segan. Yuri Qaisarah tertawa kecil lalu mengambil kembali ramen itu.

“Kau kata kau minta makanan Korea.” Celah Hazwan pula. Malu Fiqri dibuatnya. Yuri Qaisarah hanya tersenyum.

“Kimchi awak makan tak, Fiqri?” Tanya Yuri Qaisarah lagi.

“Apa? Kimchi? Sememangnya saya tidak makan...” Fiqri segera menjawab. Dia sememangnya tidak menyukai kimchi. Hal ini kerana Fiqri pernah mempunyai pengalaman buruk dengan kimchi.

Yuri Qaisarah tertawa kecil sekali lagi. “Kenapa awak tak makan kimchi, Fiqri> Mesti ada sebabnyakan?”

“Ya. Saya ada pengalaman yang agak buruk dengan kimchi.” Jawab Fiqri pula.

Yuri Qaisarah terdiam sebentar. "Yakah? Boleh awak ceritakan?”

Fiqri mengangguk seraya bercerita, “Sewaktu saya mula-mula ingin merasai kimchi, abang dan kakak saya membawa saya ke sebuh restoran Korea di Kuala Lumpur. Mulanya saya ingatkan sedap tetapi tidak. Setelah itu...”

Belum sempat Fiqri menghabiskan kata-katanya, Maisarah mencelah, “apabila Abang Fiqri balik rumah, lengan abang naik bintik-bintik merah. Hampir seminggu baru abang pulih.” Fiqri menjeling ke arah Maisarah. Maisarah hanya tertawa kecil.

“Kesiannya, awak. Nasib baik saya tak letakkan lagi. Kalau tidak... mesti bintik-bintik itu menyerang awak lagikan.” Ujar Yuri Qaisarah sambil mengusik Fiqri.

“Awakkan, Qaisarah.” Ujar Fiqri pula. Yuri Qaisarah hanya tertawa kecil.

Bersambung....

Comments

Popular posts from this blog

2 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 2 ~

1 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 1 ~

8 ~ Apabila Khun Nai Ke... Seoul ~ Part 8 ~